Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kadar alahan makanan naik tiga kali dalam masa 10 tahun, pemakanan barat mungkin penyebabnya

Kadar alahan makanan di Amerika Syarikat naik sebanyak tiga kali dalam tempoh 10 tahun lalu, menurut kajian.

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar alahan makanan naik tiga kali dalam masa 10 tahun, pemakanan barat mungkin penyebabnya

Burger keju McDonald's. (Gambar: Laman McDonald's)

Diterbitkan : 14 Dec 2017 02:18PM Dikemas Kini : 14 Dec 2017 02:19PM

AMERIKA SYARIKAT: Kadar alahan makanan di Amerika Syarikat naik sebanyak tiga kali dalam tempoh 10 tahun lalu, menurut kajian.

Para saintis mengesyaki bahawa kenaikan kes-kes alahan itu mungkin berhubung dengan genetik, persekitaran dan perubahan dalam pengeluaran makanan.

Terdapat kenaikan 377 peratus dalam alahan yang dilaporkan dalam tempoh 10 tahun lalu dan makanan-makanan utama yang menyebabkan alahan teruk, yang dinamakan sebagai anaphylaxis, adalah kacang - naik sebanyak 445 peratus.

Namun begitu, data menunjukkan sepertiga alahan disebabkan oleh kategori "makanan yang lain" yang tidak diketahui, yang membuatkan para saintis berpercaya bahawa perubahan terhadap kandungan makanan dan pemakanan Barat mungkin menjadi faktor utama.

Satu analisis yang dijalankan oleh badan tidak meraih untung, FAIR Health, menyelidik tuntutan insurans kesihatan antara 2007 hingga 2016.

Laporan tersebut mendedahkan bahawa mereka yang berusia 18 tahun ke atas merupakan sepertiga yang melakukan tuntutan insurans dan diagnosisnya amat berleluasa dalam kalangan lelaki berbanding wanita.

Menurut laman DailyMail, CEO Pusat Kajian Dan Pendidikan Alahan Makanan (FARE) mendedahkan kepada Allergic Living: "Kami percaya ini menunjukkan bukti bagi kenaikan mendadak jumlah alahan makanan yang berbahaya dialami kanak-kanak dan dewasa di seluruh negara setiap hari."

Kajian-kajian sebelum ini menunjukkan bahawa alahan makanan lebih sering ditemukan di kawasan bandar berbanding pedalaman. Namun demikian, kenaikan dalam alahan makanan bagi kedua-dua sekitaran naik dalam tempoh 10 tahun, dengan kawasan pedalaman mencatatkan rentak kenaikan lebih pesat.

Tuntutan insurans berkaitan alahan makanan naik 110 peratus di kawasan pedalaman berbanding 70 peratus di kawasan bandar.

"Di merata dunia, pendapatan semakin meningkat, orang ramai memilih untuk memakan lebih banyak kalori dan daging dalam diet mereka," kata Profesor David Tilman dari Universiti Minnesota kepada CNN.

Ini dinamakan sebagai diet barat, yang mengandungi jumlah daging merah yang tinggi, gula, bahan pengawet dan kalori dalam makanan ringan.

Namun demikian, lebih banyak kajian diperlukan untuk memahami alahan dan cara untuk memperbaiki trend ini dan mengekang kes-kes baru. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan