Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jika ibu hamil alami tekanan, bayinya kurang daya bingkas

Kanak-kanak mungkin kurang berdaya tahan terhadap tekanan sekiranya ibu mereka mengalami stres dalam antara bulan keempat dengan keenam semasa hamil, menurut satu kajian baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Jika ibu hamil alami tekanan, bayinya kurang daya bingkas

Gambar hiasan wanita hamil. (Gambar: AFP/Loic Venance)

Diterbitkan : 29 Nov 2017 02:50PM Dikemas Kini : 09 Dec 2017 10:14PM

BERITAMediacorp: Kanak-kanak mungkin kurang berdaya tahan terhadap tekanan sekiranya ibu mereka mengalami stres dalam antara bulan keempat dengan keenam semasa hamil, menurut satu kajian baru.

Kajian berskala kecil yang dijalankan oleh Universiti California di San Francisco mendapati bayi yang ibunya melalui banyak insiden yang memberikan tekanan pada tempoh tersebut lebih reaktif terhadap perkara-perkara yang mendatangkan stres malah mengambil masa yang lama untuk pulih.

Tekanan-tekanan tersebut dipercayai menjejas jantung dan meletakkan mereka dalam risiko lebih tinggi mengalami masalah kemurungan dan kelakuan pada hari kemudian berbanding rakan-rakan sebaya.

Dapatan itu diperolehi hanya beberapa minggu setelah satu lagi kajian menunjukkan tekanan yang dialami orang lelaki boleh menjejas zuriat mereka, menguatkan lagi kajian-kajian lain yang mengaitkan tekanan dengan generasi.

“Ini bukanlah sesuatu yang secara automatik baik mahupun buruk tetapi kita tahu menjadi reaktif meletakkan kanak-kanak dalam risiko berdepan dengan pelbagai masalah mental,” jelas penulis pertama kajian, Dr Nicole Bush dari Jabatan Psikiatri dan Kanak-Kanan universiti tersebut.

Khususnya, kata beliau, kanak-kanak berisiko mengalami “kebimbangan dan kemurungan serta cara mereka meluahkan masalah, seperti menerusi kelakuan yang mengganggu lebih-lebih lagi jika mereka mengalami sekitaran sekolah dan keluarga yang teruk”.

Bagi memastikan sama ada tekanan semasa hamil mungkin meninggalkan kesan ke atas bayi, Dr Bush dan pasukannya meneliti paras tekanan seramai 151 wanita yang pendapatannya rendah sehingga pertengahan dan sedang hamil antara 12 dengan 24 minggu, lapor Daily Mail.

Mereka menjejak setiap wanita sepanjang tempoh hamil sehingga enam bulan selepas wanita tersebut melahirkan bayi, menurut Daily Mail lagi.

Paras tekanan wanita-wanita tersebut diteliti menerusi borang soal selidik yang bertanya tentang penyakit, isu-isu perumahan, undang-undang, masalah keluarga dan hubungan.

Kemudian setelah usia bayi mencecah enam bulan, jantung mereka diperiksa untuk mengenal pasti paras tekanan reaktif mereka.

Seramai 22 wanita yang paling banyak berdepan tekanan dalam hidup mereka mempunyai anak yang jauh lebih reaktif, lapor Daily Mail.

Kanak-kanak tersebut adalah 22 peratus lebih ‘reaktif’ berbanding bayi-bayi daripada 22 wanita lain dengan paras tekanan yang rendah.

Dr Bush memberi amaran bahawa tahap reaktif yang tinggi boleh memberi tekanan kuat terhadap jantung dan ini menjejas kelakuan serta kesihatan mereka sepanjang hayat.

Menurut para pengkaji, meskipun tekanan boleh diwarisi, para ibu bapa boleh mencuba untuk melegakan tekanan tinggi anak mereka dengan memastikan sekitaran yang menenangkan pada beberapa bulan pertama mereka dilahirkan.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan