Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jangan sangka bayi tidak faham perbualan orang dewasa

Seseorang bayi itu mampu memahami percakapan orang dewasa lebih daripada yang kita sangkakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Jangan sangka bayi tidak faham perbualan orang dewasa

Gambar fail. (Gambar: AFP/Philippe Huguen)

Diterbitkan : 21 Nov 2017 09:24PM Dikemas Kini : 21 Nov 2017 09:40PM

NORTH CAROLINA, AS: Seseorang bayi itu mampu memahami percakapan orang dewasa lebih daripada yang kita sangkakan.

Menurut satu kajian Universiti Duke di Durham, North Carolina, bayi yang berusia hanya enam bulan boleh mengesan bahawa sesetengah perkataan lebih dekat dari segi makna berbanding yang lain.

Seperti contoh, mereka mampu memahami bahawa kereta dan kereta tolak mempunyai makna yang seakan jika dibandingkan dengan kereta dan jus yang jauh berbeza.

Lantaran itu, para pengkaji menyarankan bahawa ibu bapa seharusnya berbual dengan bayi mereka sebanyak mungkin kerana cahaya mata mereka dapat mendengar dan mempelajari perkataan baru setiap kali mereka berinteraksi dengannya, menurut laporan The Daily Mail.

Profesor Elike Burgelson yang menulis kajian itu berkata: "Pengetahuan tentang perkataan baru berkait dengan jumlah masa bayi itu mendengar perbualan orang dewasa mengenai objek-objek di sekelilingnya.

"Mereka mungkin tidak memahami makna keseluruhan perkataan tersebut tetapi mereka kelihatan dapat mengesan ada makna yang sama di sebalik sesetangah perkataan berbanding yang lain."

Pengarang bersama kajian itu, Profesor Sandy Waxman pula menambah bahawa kajian lanjut harus dijalankan untuk mengetahui kaedah yang terbaik ibu bapa boleh berbual dengan bayi mereka supaya dapat memanfaatkan pendapatan buat masa ini.

"Sebelum sesiapa mengumumkan bahawa 'inilah caranya ibu bapa harus bertindak', kami perlu menjalankan kajian lanjut terlebih dahulu untuk mengetahui bagaimana budaya, konteks dan usia bayi itu dapat mempengaruhi pengetahuan mereka," katanya kepada The Daily Mail.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan