Images
  • contact lenses lady
    Seorang wanita yang memakai kanta lengkap. (GAMBAR: AFP PHOTO / DPA / HENDRIK SCHMIDT /GERMANY OUT) 

Jangan pakai kanta lekap ketika mandi, anda boleh buta

BERITAMediacorp: Jangan berenang tanpa mengeluarkan kanta lekap (contact lens) terlebih dahulu, jika tidak mahu diserang parasit yang mungkin menjadikan mata anda buta!

Amaran itu dibuat oleh pakar-pakar dan dipetik laman Daily Mail.

Acanthamoeba keratitis (AK), adalah sejenis parasit yang dijumpai dalam air di merata dunia, yang dengan mudah boleh melekat pada kanta lekap, menurut pakar.

Jika dibiarkan, AK boleh menyusup masuk ke dalam bebola mata dan menyebabkan penglihatan kabur sepenuhnya hanya dalam masa beberapa minggu.

JANGAN CUCI KANTA LEKAP DENGAN AIR PAIP

Selain risiko berenang dengan memakai kanta lekap, para saintis juga menekankan perbuatan mencuci kanta lekap dengan air paip juga boleh menyebabkan risiko yang sama.

Parasit tersebut, yang hidup menerusi bakteria, boleh wujud dalam pelbagai jenis air, termasuk kolam renang dan air mandian di rumah-rumah, lapor Daily Mail.

Menurut Dr Rasik Vajpayee dari Hospital Mata dan Telinga Royal Victorian di Melbourne, diagnosis awal diperlukan apabila berlaku jangkitan AK.

Para doktor bedah mata turut menekankan bahayanya terhadap pemakai kanta lekap yang tidak menjaga kebersihannya.

Parasit itu boleh terperangkap antara bebola mata dan kanta lengkap, memaksanya untuk terus menyusup ke dalam bebola mata, lapor Daily Mail.

AK - JANGKITAN DAHSYAT

Menurut Pengarah Perubatan Focus Clinic di London, David Allamby, AK adalah jangkitan dahsyat yang mesti dielakkan.

"Ia mungkin lebih mudah untuk tidak mengeluarkan kanta lekap sebelum berenang, lebih-lebih lagi jika anda memakai gogal.

"Tetapi dapatan-dapatan kajian yang baru ini membuktikan, tiada alasan untuk tidak mengeluarkan kanta lekap sebelum anda berenang; jika tidak pergi saja ke gim."

- Agensi berita/NK/nk

Komen Anda?

Top