Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

"Jangan main hujan, nanti demam"; betulkah? Ini jawapannya

Bila hujan turun, biasanya ramai akan berlari lintang-pukang mencari tempah berteduh.

Anggaran Waktu Membaca:
"Jangan main hujan, nanti demam"; betulkah? Ini jawapannya

Gambar hiasan. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 24 Jun 2017 10:10PM Dikemas Kini : 24 Jun 2017 10:12PM

BERITAMediacorp: Bila hujan turun, biasanya ramai akan berlari lintang-pukang mencari tempah berteduh.

Sebabnya? Mungkin ada urusan dan tidak mahu pakaian basah dan mungkin juga kerana sudah biasa dibebel ibu "jangan main hujan nanti demam!"

Namun, sejauh mana bebelan orang dulu-dulu itu betul?

Menurut laporan laman boldsky.com, air hujan adalah air yang bersih dan tidak tercemar kerana ia tidak bersentuhan dengan tanah, atau permukaan lain.

Malah ramai orang segera menadah air hujan untuk dibuat mandi atau air minuman.

Satu kajian mendapati bahawa udara ketika hujan lebih sihat kerana ia bersih dan segar. Ini kerana hujan membersihkan segala debu dan bahan tercemar di udara.

Air hujan juga boleh diminum asalkan ia ditampung dalam bekas yang bersih dan dimasak terlebih dahulu.

Kelembapan udara ketika hujan juga amat baik untuk kesihatan kulit, lapor laman boldsky.com.

Adakah anda antara segelintir orang yang menggemari bau hujan? Ternyata, aroma hujan itu mempunyai kesan menenangkan! Ia disebabkan oleh beberapa bahan kimia dalam tanah yang segera dilepaskan sebaik saja hujan turun.

Para pakar percaya bahawa air hujan boleh memberikan kesan 'detox' pada tubuh, sekaligus meningkatkan kesihatan pencernaan dan mengimbangi paras pH dalam darah.

Kelebihan air hujan turut diakui dalam bidang perubatan sejak dari zaman kuno lagi. Dipercayai, tiga sudu makan air hujan yang diminum setiap pagi amat baik untuk kesihatan kerana kandungan asid dalam tubuh boleh menjadi 'neutral' dan mengurangkan ketidakselesaan.

Mungkin selepas ini anda boleh cuba mencuci rambut dengan menggunakan air hujan. Menurut laporan laman boldsky.com, ia dapat mencantikkan rambut.

Bukan itu saja, kulit wajah yang dibasuh menggunakan air sejuk dikatakan lebih anjal, bersih dan bercahaya!

Yang paling menarik, tahukah anda fikiran akan lebih tenang dan tubuh lebih 'relax' jika anda menari-nari dalam hujan selama lima minit?

Jadi jika sebelum ini anda pernah teringin untuk bermain hujan, mungkin inilah peluang anda.

Ternyata, banyak manfaat air hujan untuk kesejahteraan tubuh manusia. Sekalipun begitu, jangan terlalu lama bermandi hujan kerana apabila tubuh kedinginan, anda boleh diserang selsema. 

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan