Images

Itali bakal jadi tuan rumah kejohanan kereta elektrik

ITALI: Kereta-kereta elektrik bakal menghiasi ibu kota Itali April tahun depan apabila negara itu menjadi tuan rumah kali pertama bagi Kejohanan Formula E Prix.

Berbanding kereta lumba biasa, kereta-kereta yang bertanding dalam kejohanan Formula E tidak bising kerana hanya menggunakan elektrik.

Namun ia masih boleh bergerak laju sehingga 225 kilometer sejam dan kuasa bateri seberat 350 kilogram.

Keunikan perlumbaan Formula E tidak bergantung kepada kepantasan menamatkan pusingan, sebaliknya kecekapan.

Kejohanan Formula E Rome berlangsung pada 14 April tahun depan.  

- Agensi berita/NU/nk

Komen Anda?

Top