Instagram akan kaburkan gambar, video 'sensitif'
Instagram bakal melaksanakan beberapa perubahan pada lamannya.
SINGAPURA: Instagram bakal melaksanakan beberapa perubahan pada lamannya.
Dalam satu tulisan blog hari ini (23 Mac), aplikasi mengongsi gambar itu menyatakan para pengguna tidak lama lagi mungkin akan melihat gambar-gambar dan video yang "sensitif" dikaburkan apabila mereka melungsuri laman itu atau melungsuri sesebuah profil Instagram.
"Meskipun gambar-gambar dan video ini tidak melanggar garis panduan kami, seseorang dalam masyarakat Instagram sudah melaporkannya dan pasukan semakan kami mengesahkan ia adalah sensitif," menurut Instagram.
"Perubahan ini bermakna anda lebih kurang berkemungkinan mengalami pengalaman mengejutkan atau yang tidak diingini dalam app kami."
Contoh gambar atau video yang dikaburkan dalam profil pengguna Instagram. (Gambar: Instagram)
Para pengguna yang ingin melihat sesebuah gambar atau video yang sudah dikaburkan, boleh dengan mudah klik pada catatan tersebut.
Instagram juga mendedahkan bahawa pengesahan dua faktor kini disediakan kepada semua penggunanya.
Untuk mengaktifkan ciri itu, seseorang pengguna hanya perlu klik pada ikon 'gear' di profil mereka dan memilih "Two-Factor Authentication."
Ini bermakna pengguna perlu menaip kod setiap kali mereka log masuk ke dalam app itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.