Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Inilah dompet paling selamat di dunia kerana ia dilengkapi dengan…

Namun, pernahkah anda berharap jika keadaan mencari dompet yang hilang boleh dipermudahkan? Itulah yang dicipta syarikat pemula yang berpangkalan di negara Armenia, Volterman, menurut laporan Oddity Central (OC).

Anggaran Waktu Membaca:
Inilah dompet paling selamat di dunia kerana ia dilengkapi dengan…

Dompet bijak Volterman. (Gambar: Laman Indiegogo)

Diterbitkan : 04 Aug 2017 11:33PM Dikemas Kini : 04 Aug 2017 11:39PM

ARMENIA: Dompet hilang! Keadaan sebegitu pasti pernah dialami ramai. Huru-hara jadinya apabila kita mula mencari dompet apabila ia hilang. Manakan tidak, ia mengandungi barangan penting seharian kita seperti kad pengenalan, kad ATM dan banyak lagi.

Namun, pernahkah anda berharap jika keadaan mencari dompet yang hilang boleh dipermudahkan? Itulah yang dicipta syarikat pemula yang berpangkalan di negara Armenia, Volterman, menurut laporan Oddity Central (OC).

Volterman baru-baru ini mendedahkan sebuah dompet bijak yang mempunyai lima ciri – satu lagi akan dibangunkan pada masa depan – yang membuat ciptaan itu layak diterima gelaran “dompet paling selamat di dunia”.

Inilah lima ciri, yang ditukil daripada OC, yang ada pada dompet luar biasa ini:

1.Sistem pengesan GPS

Sistem pengesan GPS yang terdapat dalam dompet Volterman membolehkan anda mengenal pasti lokasi dompet anda di mana saja dalam dunia ini! Jadi jika dompet anda tertinggal di dalam teksi pada masa seterusnya, anda hanya perlu memasuki app Volterman dan mengesan lokasi dompet anda. Mudah kan?

2.Kamera

Ciri yang paling unik mengenai dompet Volterman ini adalah ciri kamera yang terdapat di dalamnya. Apabila anda meletakkan status dompet anda sebagai hilang di appnya, kamera itu akan diaktifkan untuk memetik sejurus ia dibuka. Gambar-gambar itu kemudian akan disimpan di dalam app anda supaya anda dapat mengesan siapa yang membuka dompet anda tadi.

“Jika sesiapa yang berani membuka dompet anda tanpa anda menyedari, kamera kecil itu akan mula memetik dan mengirimkan kepada telefon bimbit anda melalui Internet,” kata pengasas Volterman Azat Tovmasyan kepada OC.

“Kami mencipta dompet yang tidak akan hilang. Jika ia hilang, anda pasti mendapatkannya semula apabila gambar si pencuri itu dikirimkan kepada anda.”

3.Pengecas mudah alih atau ‘power bank’

Dompet Volterman juga boleh bertindak sebagai pengecas mudah alih atau ‘power bank anda’! Power bank itu mempunyai tenaga antara 2,000mAh hingga 5,000mAh, iaitu cukup untuk anda mengecas penuh satu bateri telefon bijak. Anda juga boleh melihat peratusan tenaga yang ada dalam power bank itu melalui app Volterman.

4.Sistem amaran

Jika anda yang selalu tertinggal telefon bimbit atau dompet anda, ciri yang ini pasti merubah hidup anda. Jika anda memilih untuk memadankan (sync) dompet itu kepada telefon bimbit anda melalui app Volterman, ia akan dilengkapi dengan sistem amaran. Maknanya, jika dompet anda dipisahkan melebihi 10 hingga 15 meter dari telefon bimbit, sistem amaran akan diaktifkan dan dikirmkan kepada anda. Yang menariknya, perkara yang sama boleh dilakukan jika telefon bimbit anda yang dipisahkan! Dompet anda akan diaktifkan untuk memberi amaran kepada anda.

5. Wi-Fi hotspot

Anda perlu menggunakan Internet tetapi tiada Wi-Fi atau tidak mahu menggunakan data internet syarikat telko anda yang mahal? Jangan risau, laporan OC menyatakan dompet Volterman itu juga dilengkapi dengan ciri Wi-Fi hotspot. Ia menambah syarikat berkenaan mendakwa harga untuk menggunakan Wi-Fi itu dua kali lebih murah berbanding sebarang penyedia Internet di merata dunia!

AKAN DIPASARKAN DISEMBER INI

Encik Azat memberitahu bahawa idea mencipta dompet ini tercetus apabila anak perempuannya tidak sengaja meletakkan dompetnya di dapur dan beliau mengambil lebih sebulan untuk membuat semula dokumen yang terkandung dalam dompet yang difikirkan beliau sudah hilang.

Sejak prototaip Volterman mencatat kejayaan, ia menggunakan platform kempen pendanaan ramai (crowdfunding) untuk membiayai kos menghasilkan dompet itu.

OC melaporkan sasaran Volterman untuk meraih S$61,000 dicapai kerana sejauh ini ia sudah menerima sumbangan lebih S$945,000 dan akan mula dijual di pasaran pada Disember ini. 

Sumber : Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan