Images
  • tap water
    Gambar fail air paip. (Gambar: AFP/VOISHMEL)

Ini pertandingan pelik di Australia - Cari air paip terbaik

AUSTRALIA: Satu pertandingan mencari air paip terbaik di negara Australia.

Air-air paip yang masuk pertandingan diadili dari segi warna, kejernihan, bau dan rasanya.

Untuk pertandingan itu, ia hanya dibuka kepada penyertaan air paip dari ibu kota Canberra dan bandar-bandar di wilayah New South Wales.

Jadi bagaimanakah rasa air paip yang terbaik?

Ketua pengadilnya berpendapat air paip terbaik adalah yang tidak ada rasa tetapi ia, katanya, bergantung kepada cita rasa seseorang individu.

Hadiah bagi juaranya adalah hak untuk 'bercakap besar' tentang air paip bandar mereka.

Tiga air paip yang menduduki tempat teratas adalah dari Canberra, Taree dan Port Macquarie.

Air-air itu akan bertanding lagi di peringkat nasional di Tasmania pada Oktober nanti.

- BERITAMediacorp/ru

Komen Anda?

Top
>