Images
  • cygnus
    Cygnus, kucing peliharaan yang mempunyai ekor terpanjang di dunia. (Gambar: Guinness Records)

Ini dia kucing yang punya ekor paling panjang dan berbulu cantik di dunia…

MICHIGAN: Buat pasangan Lauren dan Will Powers mungkin kerja-kerja membersihkan rumah lebih mudah dengan adanya kucing peliharaan mereka, Cygnus.

Ini kerana Cygnus mempunyai ekor yang panjang dan berbulu!

Cygnus baru-baru ini ditampilkan di Buku Rekod Guinness kerana menjadi “kucing peliharaan yang mempunyai ekor terpanjang di dunia”.

Ukuran rasmi ekor Cygnus ialah 44.66cm, menurut Oddity Central!


Kini Will memberitahu bahawa ukuran itu mungkin lebih panjang kerana ukuran terbaru diambil beliau adalah lebih 46cm. Cygnus kini berusia lebih setahun!

“Sudah pasti ia melebihi rekod dunia dan ia tidak menunjukkan sebarang petanda bahawa ia akan berhenti,” kata Will seperti ditukil Oddity Central.

“Ekor Cygnus tumbuh sekitar setengah inci sekitar setiap bulan. Semakin pelik jadinya. Orang ramai memanggil Cygnus ‘penyapu bulu ayam’ kerana ia sangat panjang dan berbulu.”

Meskipun perkara itu agak unik, ia juga membawa cabaran bagi Will dan Lauren. Mereka harus berhati-hati apabila menutup pintu kerana ekor Cygnus boeh terperangkap dan juga Cygnus mungkin secara tidak sengaja memasukkan ekor ke dalam benda-benda dari semasa ke semasa.

Yang menariknya, satu lagi kucing peliharaan pasangan itu, Arcturus, juga mencatat rekod dunia Guinness tahun ini sebagai “kucing peliharaan tertinggi di dunia – 48.4cm! 


- Agensi berita/RU/ru

Komen Anda?

Top