Ini 'Bakso Mangkuk' - makan dengan mangkuk-mangkuknya sekali! Dan ada 'Bakso Setan'
Anda pasti tahu tentang hidangan yang popular di Indonesia, iaitu mi bakso. Tetapi tahukah anda cara paling 'nikmat' untuk memakannya?
BERITAMediacorp: Anda pasti tahu tentang hidangan yang popular di Indonesia, iaitu mi bakso. Tetapi tahukah anda cara paling 'nikmat' untuk memakannya?
Tentunya lebih enak dimakan dengan mangkuk bakso - iaitu mangkuk yang diperbuat dari daging bakso itu sendiri!
Nampaknya beberapa gerai yang menjual mi bakso di Indonesia bijak memasarkan hidangan 'Bakso Mangkuk', dengan membentuk daging bakso yang biasanya dibentuk menjadi bebola kecil kepada bentuk mangkuk dan direbus.
Setelah itu, bahan-bahan lain seperti mi, daun sup, bawang goreng, sambal dan supnya dimasukkan ke dalam mangkuk bakso tersebut. Malah, ditambah 'bonus' dua atau tiga ketul bebola bakso!
Ini bukan saja kreatif malah mesra alam - habis licin dimakan dengan 'mangkuknya' sekali.
Ayuh saksikan cara Bakso Mangkuk ini dibuat menerusi rakaman video berikut:
MAHU CUBA BAKSO SETAN & BAKSO MERCUN?
Ternyata hidangan mi bakso sudah melalui pelbagai evolusi kreatif.
Menurut laporan laman brilio.net, terdapat sekurang-kurang 10 jenis bakso yang unik di Indonesia, termasuk Bakso Setan, Bakso Mercun, Bakso Kurma dan Bakso Rambutan.
Sebelum ini, BERITAMediacorp pernah melaporkan tentang 'Bakso Astaghfirullah Aladzim' yang bersaiz raksasa. Laporannya boleh dibaca di sini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.