Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Inginkan teman? Robot Kirobo Mini sedia dampingi anda

Bagi yang sering kesunyian, syarikat Toyota Jepun memperkenalkan sebuah robot yang diharap boleh menjadi teman setia anda. Ia baru-baru ini mula dijual di pasaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Nov 2017 09:23PM Dikemas Kini : 23 Nov 2017 10:19PM

JEPUN: Bagi yang sering kesunyian, syarikat Toyota Jepun memperkenalkan sebuah robot yang diharap boleh menjadi teman setia anda. Ia baru-baru ini mula dijual di pasaran, menurut laporan AsiaOne. 

Dengan kebolehan menyimpan maklumat tentang citarasa anda dan juga maklumat tentang persekitaran anda, robot bernama Kirobo Mini itu boleh berbual dengan anda dan bertindak berdasarkan perasaan anda.

Sememangnya, ia direka untuk menjadi pendamping manusia dan akan menaikkan kedua-dua belah tangannya apabila mengesan muka yang tersenyum.

Berukuran 10 sentimeter, Kirobo Mini hanya sebesar tapak tangan manusia lantas boleh dibawa anda ke mana-mana sahaja.

Berharga AS$390, robot berkenaan dipercayai mempunyai kecerdikan seorang budak 5 tahun.

Kirobo Mini turut dilengkapi sebuah kamera, mikrofon dan Bluetooth, menurut laporan AsiaOne. 
 

Sumber : Agensi berita/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan