Images
  • apple cider
    Gambar hiasan. (Gambar: Facebook) 

Ingin putihkan gigi anda secara semula jadi? Ini caranya...

BERITAMediacorp: Baru-baru ini, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) memberikan amaran terhadap penggunaan kit pemutih gigi yang mengandungi paras hidrogen peroksida yang amat tinggi.

Agensi tersebut turut menyatakan bahawa paras yang berlebihan itu amat berbahaya dan boleh menyebabkan penghakisan gigi.

Dengan itu, alternatifnya adalah untuk menggunakan bahan yang boleh dipercayai dan tidak memudaratkan.

Menurut laman Merdeka.com, salah satu cara untuk memutihkan gigi anda secara semula jadi adalah dengan menggunakan 'Apple Cider Vinegar' atau cuka epal.

Memang terbukti cuka epal banyak khasiatnya - dari kecantikan, mengatasi jerawat sehingga mengawal kelemumur. Ia juga boleh memutihkan gigi.

CARA-CARA PUTIHKAN GIGI GUNA CUKA EPAL

Caranya, larutkan lima mililiter (ml) atau kira-kira satu sudu teh cuka epal dengan 200ml air, kemudian gunakan campuran itu untuk berkumur-kumur. Jika anda melakukannya dengan kerap, ia dapat memutihkan lagi gigi anda.

Cara yang lebih berkesan pula adalah untuk mengambil sedikit cuka epal dan gunakannya langsung pada gigi dengan berus gigi.

Meskipun ia dapat membuahkan hasil yang lebih baik, sebaiknya ia tidak dilakukan dengan kerap. Ini kerana penggunaan cuka epal secara langsung boleh menyebabkan penghakisan pada lapisan gigi.  

- Agensi Berita/FA/fa

Komen Anda?

Top