Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

IKEA terbesar di Asia Tenggara dibuka di Johor Bahru; sediakan bas percuma, diskaun Grab

Gedung IKEA yang pertama di selatan Malaysia dan terbesar di Asia Tenggara yang ditempatkan di Tebrau, Johor Bahru dibuka semalam (16 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
IKEA terbesar di Asia Tenggara dibuka di Johor Bahru; sediakan bas percuma, diskaun Grab

Gambar: Ikea Tebrau/Facebook

Diterbitkan : 17 Nov 2017 09:23AM Dikemas Kini : 17 Nov 2017 09:28AM

JOHOR BAHRU: Gedung IKEA yang pertama di selatan Malaysia dan terbesar di Asia Tenggara yang ditempatkan di Tebrau, Johor Bahru dibuka semalam (16 Nov).

Orang ramai teruja dengan pembukaan gedung itu sehingga ada yang beratur seawal 12.00 tengah malam dan sekitar 20,000 orang dijangka mengunjungi gedung itu sejak pembukaannya pada jam 10.00 pagi semalam.

Para pengunjung menikmati pengalaman membeli-belah yang unik di gedung IKEA itu yang berkeluasan 502,815 kaki persegi dan menampilkan 54 bilik pameran.

Pengurus gedung IKEA Tebrau Annie Chandler berkata bahawa sebelum menubuhkan gedung berkenaan, IKEA mengadakan lawatan ke rumah-rumah di negeri itu.

"Perabot rumah yang dipamerkan di gedung ini sangat sesuai untuk pasaran tempatan dan gaya hidup mereka," katanya dalam majlis pembukaan IKEA Tebrau itu.

Pengarah Peruncitan IKEA Asia Tenggara Mike King dan Pengerusi Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Tee Siew Kiong turut hadir.

Encik King berkata bahawa kehadiran IKEA di Johor menetapkan satu lagi penanda aras pasaran perabot rumah di situ di samping persaingan sihat kepada pembekal lain.

Beliau juga berkata gedung berkonsep mesra alam itu turut menggalakkan dan meningkatkan kesedaran orang ramai dalam mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka.
Untuk perjalanan yang mudah dan lancar ke gedung berkenaan, pelanggan boleh mengambil bas perantara percuma dari Larkin Sentral dan Muzium Kereta Api Tanah Melayu Bhd yang terletak di sebelah Johor Bahru Sentral.

Selain itu, IKEA juga bekerjasama dengan Grab sempena pembukaan gedung tersebut dan para pelanggan boleh menggunakan kod promosi 'IKEATEBRAU17' untuk menikmati diskaun RM8 (S$3) untuk dua penggunaan Grab dari 16 hingga 31 November.

Kod promosi itu sah bagi semua perkhidmatan Grab di Johor Bahru.

Di samping itu, terdapat pelbagai tawaran khas dan kegiatan-kegiatan untuk seluruh keluarga, seperti lukisan muka, badut dan hadiah belon, penampilan maskot dan banyak lagi pada hujung minggu ini.

IKEA Tebrau dibuka pada pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam pada Ahad hingga Khamis dan berlanjutan hingga 11.00 malam pada Jumaat dan Sabtu serta cuti umum.


 

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan