Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Haiwan pun ada perasaan - Monyet saling berpelukan apabila ‘bayinya mati’

Baru-baru ini sekawan monyet, yang dirakam menerusi video, dilihat menangisi ‘kematian’ seekor ‘anak monyet’.

Anggaran Waktu Membaca:
Haiwan pun ada perasaan - Monyet saling berpelukan apabila ‘bayinya mati’

Petikan gambar dari video. (Gambar: YouTube)

Diterbitkan : 21 Jan 2017 10:19PM Dikemas Kini : 21 Jan 2017 10:26PM

BERITAMediacorp: Memang benar dikata orang, haiwan pun tahu menyayangi dan mempunyai perasaan belas kasihan.

Baru-baru ini sekawan monyet, yang dirakam menerusi video, dilihat menangisi ‘kematian’ seekor ‘anak monyet’.

Rakaman yang dibuat bagi program BBC Spy in the Wild, menggunakan robot untuk memantau tabiat monyet-monyet spesis langur berkongsi tugas menjaga anak monyet, lapor laman Metro.

Robot yang berbentuk bayi monyet itu sedang menjalankan rakaman apabila ia tiba-tiba terjatuh dari sebatang pokok dan tidak dapat bergerak.

Apa yang berlaku selepas itu amat menyentuh perasaan apabila monyet-monyet yang lain seolah-olah mula menenangkan antara satu sama lain dan saling berpelukan mungkin kerana sedih ‘salah seekor daripada saudaranya sudah mati’.

Pencipta siri itu Matthew Gordon memberitahu laman Express: “Kami dapat rasakan keadaan yang tenang dan suasana yang suram dan senyap di kalangan mereka.

“Semua bunyi bising yang dibuat pada awalnya tiba-tiba berhenti dan suasana menjadi senyap sebelum monyet-monyet itu berpelukan antara satu sama lain.

Spy in the Wild yang akan disiarkan di saluran BBC One juga menampilkan kisah monyet yang mengambil seekor anak kucing sebagai anak angkat selain buaya, orang utan, anjing, burung dan kura-kura robot, lapor laman Metro.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan