Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Had umur jual, beli rokok di M'sia bakal dinaikkan kepada 21 tahun

"Hasilnya pada tahun lalu, 27 peratus daripada jumlah perokok yang mendapatkan rawatan melalui mQuit telah berjaya berhenti merokok," katanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Had umur jual, beli rokok di M'sia bakal dinaikkan kepada 21 tahun

(Gambar fail: AFP/Eric Feferberg)

Diterbitkan : 25 May 2017 07:03AM Dikemas Kini : 25 May 2017 07:06AM

PUTRAJAYA: Had umur membeli dan menjual rokok akan dinaikkan kepada 21 tahun dengan penggubalan undang-undang baharu, kata Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata peraturan itu akan dilaksanakan dalam Akta Kawalan Tembakau dan Merokok (termasuk rokok elektronik) yang drafnya kini disediakan.

Menurutnya, akta yang akan menggantikan Akta Makanan 1983 berkaitan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau itu yang mengandungi larangan pembelian dan penjualan rokok bagi mereka yang berumur 21 tahun ke bawah, akan dibentangkan di Parlimen tahun depan.

"Jika sebelum ini, umur 18 tahun dan ke bawah hanya tidak boleh beli rokok tetapi boleh menjual rokok jadi undang-undang baru ini nanti akan memperketatkan peraturan ini dengan tidak boleh membeli dan menjual kepada mereka yang berumur 21 tahun ke bawah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Nafas Baru Bulan Ramadan Peringkat Kebangsaan hari ini (24 Mei).

Menjelaskan mengenai had umur itu, Dr Hilmi berkata pada umur sebelum 21 tahun, otak manusia masih dalam peringkat perkembangan dan amalan menghisap rokok boleh menjejaskan perkembangan otak perokok.

Dr Hilmi dalam pada itu berkata program Perkhidmatan Berhenti Merokok (mQuit) yang dijalankan pada tahun lepas mendapati lebih 10,000 perokok tampil mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan untuk berhenti merokok.

"Hasilnya pada tahun lalu, 27 peratus daripada jumlah perokok yang mendapatkan rawatan melalui mQuit telah berjaya berhenti merokok," katanya.

Sumber : Bernama/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan