Images
  • hogwarts class
    Hiasan di bilik darjah Encik Kyle Hubler. (Gambar: Facebook/ Kyle Ely)

Guru luangkan 70 jam hias bilik darjah bertemakan ‘Harry Potter’; ingin pelajar buru impian

OREGON: Tugas seorang guru sememangnya berat. Mentelah lagi, mereka mungkin menjadi pemangkin semangat buat seseorang pelajar mencapai cita-cita diimpikan.

Itulah yang berjaya dilakukan seorang guru di bandar Oregon selepas beliau meluangkan masa selama 70 jam menjadikan untuk bilik darjahnya bertemakan watak kegemaran ramai – Harry Potter!

Encik Kyle Hubler, yang sudah menjadi guru selama empat tahun, mengambil keputusan itu apabila mendapat tahu beliau akan berpindah ke sebuah bilik darjah baru.

“Saya minat Harry Potter kerana kesan yang diberikan kepada saya semasa saya kanak-kanak lagi. Menjadi kanak-kanak adalah satu perkara yang susah – ada kalanya saya tidak mempunyai kawan dan membaca buku adalah satu cara saya mengatasi perkara itu,” kata Encik Hubler kepada HuffPost.

“Apabila membesar, saya sudah boleh bergaul dan menjalinkan hubungan yang lebih baik bersama rakan, Namun pengajaran-pengajaran digarap daripada buku mengenai penerimaan, kesetiaan dan kejujuran kekal dalam diri saya dan dijadikan banyak maklumat falsafah yang saya menggunakan semasa mengajar dan cara saya berinteraksi dengan para pelajar saya.”

Sebelum ini, Encik Hubler ada meletakkan sedikit ciri-ciri Harry Potter ke dalam bilik darjahnya pada tahun lalu dan ia disambut baik para pelajar beliau. Lantaran itu, beliau mengambil keputusan untuk berusaha lebih bagi bilik darjah yang baru ini.

I wanted to give my students a surprise this year and get them excited to come to class every day. Seeing their reaction...

Posted by Kyle Ely on Saturday, 9 September 2017

Beliau membawa koleksi Harry Potter beliau sendiri dari rumah dan menghias bilik darjah itu sebulan sebelum tahun sekolah baru bermula. Secara keseluruhan, beliau meluangkan sekitar 70 jam dalam masa lima minggu menyediakan kesemuanya.

“Kebanyakan bekalan itu dibeli di kedai-kedai perkakasan atau online dan menggunakan duit saya sendiri. Namun, saya juga mencari cara untuk mengurangkan kos dengan membeli barangan terpakai di jualan murah dan ruang pasaran di Facebook,” kata Encik Hubler kepada HuffPost.

MAHU PELAJAR CAPAI IMPIAN

Apabila hari pertama sekolah, para pelajarnya memberi reaksi yang memberangsangkan. “Saya dapat dengar mereka terkejut dan ada juga ternganga,” seloroh beliau sambal menambah: “Mereka bergegas sekeliling bilik darjah itu untuk memeriksa setiap benda dan dengan semangat berkongsi kepada rakan merka.”

Itulah respons yang diharapkan Encik Hubler. Beliau menambah bahawa para pelajarnya adalah sebab memberikan beliau inspirasi mengubah bilik darjahnya.

“Saya benar-benar cintakan apa yang dilakukan, saya dan para pelajar bersama saya ini. Saya mahu mereka merasakan seperti sentiasa mahu berada dalam bilik darjah ini dan seronok semasa belajar,” ujar beliau yang juga berharap bilik darjahnya dapat memberi semangat kepada mereka yang mahu memburu minat mereka dalam kehidupan ini.

“Semasa saya kanak-kanak, impian saya adalah untuk ke Hogwarts meskipun saya tahu ia tidak akan terjadi dan ingin melupakan saja hasrat itu,” katanya seperti ditukil HuffPost.

“Apabila saya menjadi guru dan mula berkongsi dengan para pelajar saya mengenai impian mereka, saya sedar saya boleh merealisasikan impian saya. Ia tidak seharusnya seperti impian saya semasa kanak-kanak dulu tetapi ia berjaya membuat impian kanak-kanak saya berasa bangga,” tambah beliau.

“Saya mahu para pelajar saya rasa mereka boleh mencapai impian mereka, tidak kira berapa besar atau betapa ajaib impian itu,” kongsinya.

- Agensi berita/RU/ru

Komen Anda?

Top