Images
  • nissin fork
    Garpu Nissin yang menyembunyikan hirupan mi. (Gambar: Facebook)

Garpu yang boleh 'sembunyikan' bunyi hirup mi anda!

JEPUN: Alat ini khususnya untuk mereka yang tidak boleh mendengar bunyi hirup mi secara kuat.

Jika anda mengalami masalah ini, jangan khuatir, kini ada huarian buat anda.

Nissin Food - pengeluar mee segera dalam cawan - kini menghasilkan garpu yang boleh menyembunyikan bunyi hirupan mi.

Alat ini bertujuan untuk mengatasi masalah mereka yang tidak suka mendengar bunyi mi yang dihirup - sesuatu yang selalu berlaku di Jepun.

Caranya? Garpu Otohiko ini mempunyai mikrofon yang boleh mengenal pasti bunyi mi yang sedang dihirup. Apabila ia mengesan bunyi tersebut, ia akan menghantar isyarat kepada telefon bimbit pengguna yang akan memainkan bunyi air sedang mengalir bagi menyembunyikan bunyi hirupan itu.

Namun, alat ini tidak murah. Mereka yang berminat untuk membelinya harus membelanjakan AS$130 (S$177) untuk alat tersebut.

Nissin menyatakan ia akan mula menjual alat ini jika mendapat tempahan bagi kesemua 5,000 unit yang sudah dihasilkan.  

Komen Anda?

Top