Skip to main content

Iklan

Iklan

Teknologi

Gangguan global Snapchat cetus aduan di Twitter

Snapchat mengalami gangguan di merata dunia selama sekurang-kurangnya empat jam pada Isnin (6 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Gangguan global Snapchat cetus aduan di Twitter

Logo Snapchat. (Gambar: AFP/LIONEL BONAVENTURE)

Diterbitkan : 07 Nov 2017 01:18PM Dikemas Kini : 07 Nov 2017 01:22PM

SINGAPURA: Snapchat mengalami gangguan di merata dunia selama sekurang-kurangnya empat jam pada Isnin (6 Nov).

Ini sekaligus mencetuskan aduan yang dimuat naik dengan mencurah-curah di aplikasi mudah alih Twitter, sehari sebelum pihaknya mendedahkan hasil suku ketiga sebagai syarikat awam.

"Kami sedar akan isu ini dan berusaha untuk membaikinya," dedah Snapchat di akaun Twitternya, sambil menyarankan pengguna untuk terus log ke dalam akaun mereka.

Ramai pengguna juga menulis catatan di laman Twitter bahawa mereka tidak dapat memasuki akaun selepas log keluar dari aplikasi berkenaan, yang terkenal dalam kalangan belia bawah usia 30 tahun.

Aplikasi tersebut membolehkan pengguna memuat naik gambar, yang akan dipadam dalam masa 24 jam.

Jurucakap bagi unit Snap Inc tidak segera memberi respons kepada pertanyaan kepada saiz dan punca gangguan itu.

Snapchat mengalami beberapa isu teknikal pada bulan Oktober, seperti didedahkan laman sokongan Twitter miliknya.

Snap, yang menjadi syarikat awam pada bulan Mei, dijadual melaporkan hasil suku ketiganya pada Selasa. Sahamnya ditutup 2.8 peratus lebih rendah iaitu AS$14.83 (S$20) pada Isnin, di bawah harga tawaran awal awam iaitu AS$17 (S$23).

Sumber : Reuters/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan