Skip to main content

Iklan

Iklan

Teknologi

Galaxy S8 lebih hebat dari iPhone 8?

Telefon bimbit Galaxy S8 keluaran Samsung Electronics Co, mendahului senarai telefon bijak terbaik mengatasi iPhone 8 berdasarkan tinjauan majalah pengguna Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Anggaran Waktu Membaca:
Galaxy S8 lebih hebat dari iPhone 8?

Model baru telefon bijak Samsung Galaxy S8.

Diterbitkan : 17 Oct 2017 11:33AM Dikemas Kini : 17 Oct 2017 11:35AM

SEOUL: Telefon bimbit Galaxy S8 keluaran Samsung Electronics Co, mendahului senarai telefon bijak terbaik mengatasi iPhone 8 berdasarkan tinjauan majalah pengguna Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Menurut satu laporan pengguna, Galaxy S8 dan Galaxy S8 Plus yang dikeluarkan awal tahun ini, masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua.

Sementara model telefon bijak iPhone 8 Plus dan iPhone 8 terbaru keluaran Apple Inc, masing-masing berada di tempat keempat dan kelima.

Model Samsung Galaxy S7 yang dikeluarkan tahun lepas pula, menduduki tangga ketiga manakala Galaxy Note 8 yang mula dipasarkan pada September berada di tempat keenam.

Model telefon bijak V30 keluaran LG Electronics Inc, tidak termasuk dalam senarai kerana hanya baru berada di pasaran AS bulan ini.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan