Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Daya pendengaran lelaki S'pura berusia 13.96 tahun lebih tua daripada usia sebenar. Wanita pula?

Seorang penduduk Singapura yang biasa, mempunyai daya pendengaran yang berusia 15 tahun lebih tua berbanding usia sebenarnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Daya pendengaran lelaki S'pura berusia 13.96 tahun lebih tua daripada usia sebenar. Wanita pula?

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Thomas Coex)

Diterbitkan : 03 Mar 2017 10:39PM Dikemas Kini : 03 Mar 2017 10:41PM

SINGAPURA: Seorang penduduk Singapura yang biasa, mempunyai daya pendengaran yang berusia 15 tahun lebih tua berbanding usia sebenarnya, menurut hasil kajian antarabangsa yang dikeluarkan hari ini (3 Mac).

Golongan lelaki di Singapura didapati mempunyai daya pendengaran yang berusia 13.96 tahun secara purata lebih tua daripada usia sebenar mereka.

Golongan wanita pula - didapati mempunyai daya pendengaran 16.87 tahun lebih tua secara purata daripada usia sebenar mereka.

Perangkaan itu adalah sebahagian daripada laporan yang dikeluarkan app pendengaran digital Mimi, dan berdasarkan data 200,000 orang merata dunia yang menyertai ujian pendengaran app itu.

Daripada 50 bandar yang ditinjau, para penduduk Vienna didapati mempunyai daya pendengara secara purata yang paling baik, iaitu 10.59 tahun lebih tua daripada usia sebenar mereka.

Para penduduk Delhi pula didapati daya pendengaran secara purata yang paling teruk, iaitu 19.34 tahun lebih tua berbanding usia sebenar mereka.

Kajian itu juga mengusulkan kaitan antaran kehilangan daya pendengaran dengan pencemaran bunyi di bandar-bandar.

Para pengkaji mereka indeks yang berasingan bagi pencemaran bunyi, dengan menyertakan maklumat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan kumpulan kajian teknologi berpangkalan di Norway, SINTEF.

Mereka kemudian mencampurkan indeks-indeks itu untuk menyenaraikan bandar-bandar menurut hasil campuran berkenaan.

Singapura berada di tangga ke-31 daripada 50 bandar yang ditinjau - di belakang bandar-bandar seperti London, Dubai dan Manchester, tetapi di atas bandar seperti Los Angeles, Hong Kong dan Taipei.

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan