Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Dari baju 'nasi lemak' Ms Malaysia, kini Ms Indonesia pakai kostum 'orangutan'

Dengan pertandingan Miss Universe semakin dekat, lebih ramai lagi ratu cantik seluruh dunia akan mendedahkan pakaian mereka semasa segmen kostum kebangsaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Dari baju 'nasi lemak' Ms Malaysia, kini Ms Indonesia pakai kostum 'orangutan'

Kostum Ms Universe Indonesia yang bertemakan "Panglima Orangutan". (Gambar: Youtube)

Diterbitkan : 09 Nov 2017 04:07PM Dikemas Kini : 17 Nov 2017 10:29PM

INDONESIA: Dengan pertandingan Miss Universe semakin dekat, lebih ramai lagi ratu cantik seluruh dunia akan mendedahkan pakaian mereka semasa segmen kostum kebangsaan.

Minggu lalu, Miss Universe Malaysia mendedahkan pakaiannya untuk acara Miss Universe bagi segmen Kostum Kebangsaan, menurut laman WorldofBuzz.

Baru-baru ini pula, Miss Singapore akan mengenakan baju bertemakan Taman di Pesisiran.

Kostum kebangsaan Miss Universe Malaysia didedahkan dan menerima komen dari orang ramai kerana ia mendapat inspirasi dari makanan tempatan iaitu 'nasi lemak'!

Kini, masa bagi warga Indonesia pula untuk riuh kerana Ms Universe Indonesia, Bunga Jelitha Ibrani, akan mengenakan kostum dengan nama "Warrior of Orangutan" ataupun "Pahlawan Orangutan".

Pakaian itu didedah pada dalam satu acara tempatan Ahad lalu (5 Nov). Ia mengenakan pakaian di kepala seakan-akan kaum Dayak, yang hidup secara harmoni dengan alam sekitar dan bersungguh-sungguh melindungi hutan, menurut laman WorldofBuzz.

Pereka fesyen baju tersebut, Rinaldy Yunardi, juga menambah elemen-elemen dari Kalimantan, yang menyimbolkan para wira yang melindungi orangutan dan perhutanan Kalimantan.

Di belakang topi tersebut pula terpapar wajah orangutan, yang mewakili spesis terancam ini untuk dilindungi daripada penyahutanan. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan