Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Comelnya! Ibu kucing bantu anaknya dapatkan mainan kegemaran

Bak kata orang, ibu mana yang tidak sayangkan anaknya. Malah, bukan sahaja digunakan bagi menggambarkan hubungan mesra bagi insan bernama ibu, naluri keibuan juga ternyata kuat bagi sang haiwan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Comelnya! Ibu kucing bantu anaknya dapatkan mainan kegemaran

(Gambar: Petikan skrin dari video)

BERITAMediacorp: Bak kata orang, ibu mana yang tidak sayangkan anaknya. Kalau anak menangis mahukan mainan, ibu pasti memberikannya. Ungkapan tersebut bukan sahaja digunakan bagi menggambarkan hubungan mesra di kalangan manusia, malah naluri keibuan juga ternyata begitu kuat sekali bagi makhluk bernama haiwan. Mungkin sukar untuk percaya, tetapi video yang dipaparkan di bawah mungkin dapat memberi gambaran yang lebih jelas.

Dalam video LADBible ini, seekor anak kucing dilihat sedang cuba mencapai mainan kegemarannya yang diletakkan di tempat yang tinggi. Mungkin disebabkan mainan berkenaan di tempat terlalu tinggi, dan ia belum kuat untuk melompat tinggi, anak kucing ini dengan bijaknya memanggil ibunya untuk membantunya mendapatkan mainan tersebut.

Mother Cat Helps Kitten Get Her Toy

Kitten struggled to get it's favourite toy so it got mum to help! ����

Posted by LADbible on Thursday, 6 April 2017

Lebih comel lagi, anak kucing itu kelihatan seperti merayu kepada ibunya untuk mengambilkan mainan tersebut, untuknya. Ibunya pula bersungguh-sungguh mencari akal dan cuba untuk mendapatkan mainan tersebut, seperti dilihat dalam video LADBible ini.

Setelah mainan itu berjaya dicapai ibu kucing berkenaan, ia terus ‘menghadiahkannya’ kepada anaknya yang tersayang. Yang jelas, tidak kira manusia mahupun haiwan, seseorang ibu itu akan melakukan apa sahaja, demi kebahagiaan anaknya.

Pastinya, keletah kucing-kucing yang comel itu memang seronok untuk ditonton. Mungkin kita manusia juga dapat mempelajari sesuatu daripada adegan pendek itu, yang walaupun melibatkan kucing dan anaknya, tetapi penuh dengan kasih sayang bersifat manusiawi.

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan