Images
  • Chris martin
    Penyanyi utama Coldplay Chris Martin di konsert Global Citizen G20. (Gambar: AFP)

Coldplay keluarkan lagu baru menyokong pendatang baru

NEW YORK: Kumpulan rock Inggeris Coldplay mengeluarkan lagu baru yang ditulis seni katanya bersama penulis tersohor Brian Eno. Semua pendapatan daripada hasil lagu tersebut akan disalurkan kepada golongan pendatang yang membuatkan perjalanan yang berbahaya ke Eropah merentasi Laut Mediterranean.

Lagu berjudul Aliens, yang dikeluarkan semalam (6 Jul) bersama video animasi, merupakan single terbaru dari EP Coldplay yang akan datang, Kaleidoscope.

Menurut Coldplay, semua dana dari Aliens akan disalurkan untuk menyokong Migrant Offshore Aid Station, sebuah tabung kebajikan di Malta yang mengerahkan kumpulan mencari dan menyelamat untuk menyelamatkan ribuan orang yang melakukan perjalanan berbahaya di Eropah.

Walaupun lagu itu mengenai makhluk asing, ia digunakan sebagai metafora kepada krisis pelarian apabila penyanyi utamanya menyanyikan, "Just an alien / We just want to get home again." [Seperti makluk asing / kami hanya mahu pulang]

Seperti kebanyakan lagu-lagu Coldplay, ia didendangkan dengan lagu berbunyi elektrik dan gegendang, dan juga bunyi gitar dimainkan Jonny Buckland.

Coldplay menyatakan kumpulan itu menulis lirik bersama Brian Eno, bapa lagu ambien yang dikenali ramai kerana kerja-kerjanya bersama David Bowie.

Coldplay sekian lama menyokong kegiatan-kegiatan kemanusiaan dan mengeluarkan lagu itu sejurus selepas ianya dimainkan di konsert Global Citizen di Jerman, yang menggesa Kumpulan 20 (G20) ekonomi-ekonomi besar untuk komited kepada pembangunan.

Kaleidoscope, EP lima lagu itu menyusuli album Coldplay 'A Head Full of Dreams' pada 2015 yang dinobatkan sebagai karya yang terbaiknya.

EP itu, yang pada asalnya mahu dikeluarkan bulan lalu, akan dikeluarkan pada 14 Julai menggunakan format digital dan pada 4 Ogos dalam bentuk CD dan vinil, menurut kumpulan itu.  

- AFP/fa

Komen Anda?

Top