Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Coca-Cola Zero Sugar versi baru dijual di S'pura mulai Mei ini

Resipi Coke Zero yang "diperbaharui" dari syarikat Coca Cola akan dijual di kedai-kedai merata Singapura mulai Mei ini, menurut Coca-Cola Singapore pada Selasa (18 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Coca-Cola Zero Sugar versi baru dijual di S'pura mulai Mei ini

Coca-Cola Zero Sugar versi baru.

Diterbitkan : 22 Apr 2017 09:25AM Dikemas Kini : 22 Apr 2017 09:29AM

SINGAPURA: Resipi Coke Zero yang "diperbaharui" dari syarikat Coca Cola akan dijual di kedai-kedai merata Singapura mulai Mei ini, menurut Coca-Cola Singapore pada Selasa (18 Apr).

Bertujuan untuk terus memenuhi keperluan mereka yang mahu mengawal pengambilan gula, Coca-Cola Zero Sugar akan "menawarkan rasa yang lebih serupa dengan Coca-Cola asli, tetapi tanpa gula", menurut kenyataan media.

Menurut pengarah pemasaran Coca-Cola Singapura, Malaysia dan Brunei Tish Condeno: "Kami tahu bahawa ramai yang menggemari rasa asli Coca-Cola."

"Kami juga tahu bahawa sebilangan mereka mahu mengurangkan kadar pengambilan gula tetapi teragak-agak untuk mencuba pilihan tanpa gula kerana mereka berpendapat ia tidak akan memiliki rasa yang serupa berbanding minuman asli kami."

Minuman Coke klasik mengandungi sekitar sembilan sudu teh gula bagi setiap tin 330ml.

Coca-Cola juga sudah memperkenalkan bentuk tin baru bagi Coca-Cola Classic, Coca-Cola Light and Coca-Cola Zero Sugar.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan