Images
  • mira filzah danial
    Mira Filzah dan Danial Ashriq berkongsi pengalaman di wilayah berbeza Australia. (Gambar: Instagram)

Cari idea melancong? Mira Filzah, Danial Ashriq kongsi destinasi percutian di Australia!

BERITAMediacorp: Musim cuti sekolah kini sudahpun tiba. Malah, di media sosial, ramai keluarga yang sedang bersiap sedia untuk melancong ataupun sudahpun berkongsi gambar-gambar menarik bagi destinasi percutian mereka.

Tidak kira di dalam mahupun di luar negara, kebanyakan kita ingin mengambil peluang ini untuk merehatkan minda dari segala tekanan kerja dan sekolah selain meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Tidak kurang juga sebilangan keluarga yang mahu terus meneroka dunia!

Namun, jika anda belum membuat sebarang rancangan untuk ke luar negara, usah risau. Anda masih mempunyai bulan Disember ini untuk berbuat demikian!

Bagi mereka yang masih terfikir-fikir tentang destinasi yang harus mereka kunjungi, dua selebriti muda yang BERITAMediacorp temui ini menyarankan agar negara kanggaru dijadikan destinasi - Australia!

Meskipun pelakon Malaysia, Mira Filzah dan personaliti tempatan Danial Ashriq, bercuti ke daerah berbeza, mereka berkongsi dengan kami tentang pengalaman mereka yang menarik dan pelbagai perkara yang dapat dicuba!

MIRA FILZAH JELAJAH NEW SOUTH WALES

Walaupun sibuk dengan penggambaran drama, Mira Filzah tetap mengetepikan sedikit masa untuk beristirehat dan bercuti di luar negara. Malah, pada Ogos lalu, pelakon cantik manis ini juga sempat ke New South Wales (NSW), Australia untuk menikmati keindahan di wilayah tersebut.

Gemar pada pilihan percutian yang mempunyai aspek alam semula jadi, New South Wales jelas dapat memenuhi cita rasa beliau dengan keindahannya yang semulajadi.

Mira memberitahu BERITAMediacorp: "NSW memberikan keseimbangan! Seronok dapat meluangkan masa di dalam bandar dan juga di luar bandar.


"Jika anda gemarkan gunung-ganang, anda boleh berkunjung ke Blue Mountains. Jika anda gemarkan pantai, saya sarankan Bondi Beach. Tetapi jika anda gemar pada bandar, tentu sekali anda harus kunjungi Sydney Opera House!"

Malah, selain gemar berjalan dan menikmati keindahan semula jadi, Mira turut mendaki tangga-tangga untuk ke Honeymoon Bridge dan Three Sisters.

"Satu lagi kegiatan yang gemar saya lakukan adalah pendakian ke Sydney Bridge, kerana itulah satu-satunya Sydney Bridge di dunia! Anda harus ke sana sekurang-kurangnya sekali dan menikmati pemandangan indah Sydney,” katanya lagi.

Just cruisin Harley & Trike tour. 🏍 . . #funride #vacaywithAirAsiaX #NewSouthWales #MiraFilzah ✨

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on


MAKANAN & PETUA

Seringkali, jika kita memilih destinasi pelancongan, pastinya makanan menjadi antara salah satu faktor bagi menentukan tempat tersebut. Apa pula saranan Mira bagi makanan di sekitar Sydney?

"Grounds of Alexandaria. Anda mesti ke sini untuk mencuba makanannya. Hidangan, minuman smoothie yang segar dan kopinya memang adalah yang terbaik! Kek tembikai strawberinya harus dicuba juga."

"Jangan risau tentang makanan halal di sini. Terdapat beberapa restoran mesra muslim dan anda mempunyai pilihan seperti ikan, salada dan roti di sini," kongsi Mira kepada BERITAMediacorp.


Bagaimanapun, menurut Mira, memandangkan terdapat kawasan dalam dan luar bandar, adalah penting untuk merancang perjalanan berdasarkan ramalan kaji cuaca.

"Bawa pakaian yang sesuai sesudah anda tahu cuaca yang dapat diramalkan. Bawa juga pelindung matahari dan kasut sukan yang selesa. Kasut selesa membuatkan percutian anda lebih seronok!


"Semua orang harus kunjungi dan meneroka NSW sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Setiap negara memiliki keindahannya sendiri dan anda akan terpukau dengan keindahan NSW. Saya juga pasti akan ke sana lagi!” kata Mira lagi penuh semangat.

DANIAL ASHRIQ KE AUSTRALIA BARAT

Bagi mereka yang berjiwa muda dan gemarkan sesuatu yang mencabar dan menyeronokkan, Danial Ashriq menyarankan Australia Barat!

Malah, beliau melakukan perjalanan memandu sehingga sejauh 1,800 kilometer di sekitar wilayah itu pada 1 hingga 9 September lalu.

"Kami tidak mahu percutian atau jelajah pelancong yang mudah dan selesa. Kami sudahpun merasainya di Gold Coast. Kali ini, kami mahu meneroka landskap indah Australia Barat dan memandu pada jarak jauh. Ternyata, pemandangannya sangat mengagumkan.

"Saya rasa, apabila perjalanannya lebih sukar, kepuasannya lebih besar," kongsi Danial kepada BERITAMediacorp.

Lucky shot at Lucky Bay.

A post shared by Noriff Danial Ashriq (@danialashh) on


Malah antara kegiatan yang disarankan bapa dua anak ini termasuk pendakian di Granite Skywalk, berenang di Twilight Beach, menaiki ATV atau aktiviti papan lungsur pasir di Lancelin Sand Dunes dan memetik gambar di The Pinnacle.

"Tempat-tempat lain termasuk Stonehenge di Esparance, The Gap Stone di Albany dan Blue Boat House yang ikonik!

πŸ’™πŸ›ΆπŸ  #theazmanstoperth

A post shared by Noriff Danial Ashriq (@danialashh) on


"Bagi makanan, kami banyak memasak sendiri. Tetapi saya akan menyarankan Lobster Shack di Cervantes, Australia Barat," kata Danial.

PERSIAPAN BAGI 'ROADTRIP'

Perjalanan memandu pada jarak jauh tentunya bukan sesuatu yang mudah. Pastinya banyak persiapan yang harus dibuat sebelum melakukan perjalanan tersebut.

Danial Ashriq turut berkongsi dengan BERITAMediacorp beberapa langkah yang dapat diambil sebelum anda mulakan perjalanan sedemikian.

"Dapatkan Sistem Kedudukan Global (GPS) atau telefon yang dapat menyimpan laluan perjalanan apabila anda merancangnya. Ini kerana sesetengah kawasan tidak mempunyai sambungan internet yang baik. Agak sukar untuk sentiasa bergantung pada internet untuk memandu ke destinasi anda.

Times like this. πŸ’› #theazmanstoperth

A post shared by Noriff Danial Ashriq (@danialashh) on


"Bawa juga wang tunai tambahan, sekiranya sesetengah kawasan tidak menerima kad atau tidak mempunyai ATM,” kata Danial berkongsi petua.

Malah, pengacara Juara Memasak Milenia ini juga menasihati mereka yang ingin membuat 'roadtrip' agar memeriksa keadaan kereta terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan tersebut.

"Tayar, cecair penyejuk atau coolant, minyak enjin, tayar tambahan dan lampu adalah antara pemeriksaan asas yang penting," katanya.

"Yang pasti, pengalaman roadtrip tiada tandingannya. Mungkin terutamanya bagi saya yang memandu berganti-ganti dengan ipar saya. Pemandangannya indah dan pengalaman memandu sangat mendamaikan, tidak seperti di Singapura.

#theazmanstoperth Earlier today at The Pinnacles! πŸ’›

A post shared by Noriff Danial Ashriq (@danialashh) on


"Tentunya, perjalanan yang jauh dan sukar sering membawa anda ke tempat-tempat cantik dan indah. Dan apabila saya melihat keluarga saya gembira, saya gembira juga," kata Danial, mengakhiri wawancara.Β 

- BERITAMediacorp/im

Komen Anda?

Top