Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bersalin pada usia 30-an tahun? Anda mungkin hidup lebih lama

Namun, laporan Independent menyatakan kedua-dua kajian tidak pula memberikan penjelasan kenapa wanita yang hamil pada usia tua mungkin hidup lebih lama.

Anggaran Waktu Membaca:
Bersalin pada usia 30-an tahun? Anda mungkin hidup lebih lama

Gambar hiasan. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 31 Jul 2017 10:37PM Dikemas Kini : 31 Jul 2017 10:39PM

BRITAIN: Wanita yang hamil semasa berusia 30-an tahun mungkin hidup lebih lama, menurut satu kajian.

Kajian itu yang dijalankan para ahli sains di Universiti Coimbra Portugal membandingkan jangka hayat golongan ibu di negara-negara Eropah yang berusia 65 tahun dengan usia semasa mereka hamil.

Ia mendapati wanita yang lewat hamil berkemungkinan besar hidup lebih lama daripada mereka yang hamil semasa remaja dan berusia 20-an tahun, menurut artikel yang diterbitkan di Journal of Public Health.

“Hasil yang paling relevan menunjukkan wanita mungkin hidup lebih lama apabila mereka hamil (terutama sekali anak yang pertama) pada usia yang lebih tua,” tambah artikel itu yang ditukil Independent.

Meskipun mempunyai faktor lain yang dipertimbangkan dalam kajian itu, artikel tersebut menyatakan: “Faktor yang paling mengejutkan adalah usia wanita semasa mereka hamil, yang boleh menjadi bukti untuk menggalakkan mereka hamil pada usia awal 30-an tahun.”

Satu lagi kajian yang diterbitkan di Journal Menopause juga mendapati para ibu yang melahirkan anak mereka pada usia 33 tahun atau lebih tua dua kali ganda mempunyai tanda-tanda DNA yang menunjukkan mereka mungkin hidup lebih lama berbanding golongan ibu yang melahirkan anak mereka pada usia muda.

Namun, laporan Independent menyatakan kedua-dua kajian tidak pula memberikan penjelasan kenapa wanita yang hamil pada usia tua mungkin hidup lebih lama.

Wanita yang hamil pada usia lebih tua berkemungkinan sudah bergaji besar dan berpendidikan, kata pakar kesuburan Lord Winston kepada The Mail. Wanita sebegitu mungkin hidup lebih lama kerana mereka mampu gaya hidup yang lebih sihat, tambah beliau.

Sumber : Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan