Images
  • cryo fit
    (Gambar: CryoFit Asia/ Facebook)

Berani bayar $200 untuk masuk 'kepompong' sesejuk -150°C di S'pura ini untuk rawatan?

SINGAPURA: Kini ada satu lagi kaedah untuk merawat sakit pinggang atau tegang otot iaitu dengan membenam diri anda ke dalam kebuk dipenuhi gas nitrogen pada suhu serendah -150°C.

Tapi kaedah ini memerlukan anda membayar lebih dari S$200 bagi setiap sesi yang hanya mengambil masa tiga minit. Rawatan ini tidak boleh dilakukan lebih dari tiga minit kerana anda tentu tidak dapat bertahan lebih dari tempoh itu memandangkan suhunya lebih rendah dari suhu terendah dalam rekod dunia iaitu -94.7°C.

Apakah anda rela mengeluarkan wang sebanyak itu semata-mata untuk merawat rasa sakit anda mahupun mendapat pengalaman yang baru dan unik? Tokoh-tokoh seperti pemain bola keranjang LeBron James dan pemain bola sepak Christiano Ronaldo sendiri antara beribu-ribu orang yang sudah mencuba rawatan ini dan mereka mendapati rawatan ini sangat berkesan, lapor Business Insider.

Rawatan ini dinamakan 'krioterapi' dan beberapa syarikat sudah pun mula menyediakan rawatan ini di Singapura. Baru-baru ini, Cryo Fit, salah satu penyedia rawatan, dibuka kepada orang umum. Cryo Fit terletak di Far East Square.


(Gambar: Southwest Cryotherapy/ Facebook)

BAGAIMANA RAWATAN KRIOTERAPI MEMBANTU

Encik Jason Petlueng, pengurus besar Cryo Fit, menerangkan kepada Business Insider Singapore tentang bagaimana rawatan ini dapat melegakan rasa sakit pinggang atau tegang otot. Menurutnya, suhu rendah dalam kebuk itu membuat badan kita memberi tindak balas sistemik.

Ini bermakna, suhu rendah yang digunakan dalam rawatan ini akan 'mengejutkan' badan yang akan mengeluarkan enzim dan hormon lalu meningkatkan pengaliran darah dengan kandungan oksigen dalam tubuh kita.

Ini dapat membantu mengurangkan keradangan, mempercepatkan pemulihan dan pengaruh prestasi seorang atlit.

MENGAPA KRIOTERAPI AMAN

"Salah satu rahsia tentang kiroterapi adalah udara dalam kubuk itu kering sekali dengan paras kelempaban pada paras sifar peratus. Inilah sebabnya anda boleh bertahan dengan suhu rendah sehingga di bawah paras sifar. Suhu rendah hanya menembusi lapisan kulit dan tidak menjejas suhu otot dan suhu badan," jelas Encik Petlueng.

Menurut laporan Business Insider, terapi itu mula diperkenalkan di Jepun seawal 1970-an. Kini rawatan ini sangat terkenal di Amerika Syarikat terutama sekali dalam kalangan warga emas kerana ia sangat membantu mengurangkan radang otot.

Encik Petluang juga menegaskan rawatan ini lain daripada rendaman ais biasa. Rendaman ais tertumpu kepada beberapa bahagian badan anda yang sakit sementara kiroterapi "mencetus reaksi badan yang lebih kuat, dengan lebih banyak enzim, nutrien dan hormon".

Persoalannya sekarang, apakah anda berani atau mahu mencubanya?  

- Agensi berita/AQ/aq

Komen Anda?

Top