Images
  • massage
    Gambar fail. (Gambar: Twitter)

Benarkah selalu urut akan kurangkan berat badan?

INDONESIA: Siapa yang tidak suka diurut? Apatah lagi jika ia dilakukan semasa badan anda terasa amat penat dan tegang.

Terdapat banyak pendapat mengenai manfaat berurut dan salah satu daripadanya adalah ia dapat mengurangkan berat badan anda. Namun benarkah dakwaan seperti itu?

Menurut laman boldsky.com, mengurut mempunyai kesan yang baik untuk mengurangkan tekanan mahupun fikiran yang kusut. Tekanan itu sendiri adalah punca bagi pemakanan secara emosi dan tidak menjalani gaya hidup sihat. Akibatnya adalah kenaikan pada berat badan, menurut merdeka.com.

Selain memiliki kesan yang positif, ini antara manfaat berurut:

1. Berurut dapat mengurangkan ketegangan pada otot dan tekanan yang lain yang mengganggu anda untuk bersukan.

Dengan badan yang lebih segar, ia akan membuatkan anda lebih bertenaga dan lebih aktif untuk bersukan. Lantas, mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, menurut merdeka.com.

2. Urut dapat menenangkan sistem limfatik anda.

Dengan sistem limfatik yang lebih tenang, ia mengurangkan kadar retensi cairan. Mungkin berat badan anda juga akan berkurangan.

3. Berurut akan memulihkan keadaan otot dan tulang.

Apabila otot-otot tidak berfungsi dengan baik, ia akan menyebabkan beberapa gejala kesihatan seperti tekanan yang berlebihan dan juga ketegangan. Malah, ia juga boleh mengakibatkan ketidakseimbangan pada hormon.

Lantaran itu, mungkinkah berurut dapat mengurangkan berat badan anda?

Mungkin, secara tidak langsung. Tetapi dengan selalu berurut, ia akan menyihatkan tubuh dan badan anda dan sekaligus mengurangkan berat badan anda. 

- Agensi Berita/FA/

Komen Anda?

Top