Images
  • Sakit Mental

Benarkah PMS sebenarnya “tidak wujud” dan satu pembohongan? Ini jawapannya…

BERITAMediacorp: Setiap bulan, ramai wanita akan mengalami keadaan yang dipanggil premenstrual syndrome atau sindrom sebelum haid (PMS).

Mereka yang mengalaminya berdepan masalah ‘angin satu badan’ dengan ‘mood’ yang tidak menentu, kembung perut, sakit pada buah dada dan enggan mengadakan hubungan intim bersama pasangan.

Khidmat Kesihatan Nasional (NHS) England mendakwa satu daripada 20 wanita akan mengalami simptom-simptom yang boleh menjejas mereka sehingga tidak dapat menjalankan tugas harian seperti biasa.

Bagaimanapun, seorang ahli psikologi mendakwa bahawa semua itu hanyalah mitos. Ahli psikologi itu adalah seorang wanita. Beliau berkata PMS adalah contoh wanita moden yang tidak tahu menguruskan kehidupan mereka, lapor laman Independent.

Cik Robyn Stein DeLuca percaya kaum wanita sudah dipengaruhi pembohongan menerusi majalah, buku-buku dan masyarakat perubatan mengenai PMS dan simptom yang dikatakan menjejas mereka.

“Kita menerima idea bahawa tubuh kita bermasalah,” beliau memberitahu Mail Online.

“Ia kemungkinan besar (disebabkan) kaum wanita berasa mereka tidak dapat menangani masalah yang dialami.”

Menurut Cik DeLuca, sebahagian besar simptom yang dikaitkan dengan PMS – kekejangan otot, kembung perut dan kemurungan – mungkin merupakan tanda mereka terlalu memaksa diri, lapor Independent.

Mengaitkan simptom tersebut dengan PMS seolah-olah kerana mahu “melepaskan diri daripada berdepan situasi yang tidak mahu dihadapi,” kata beliau.

Meskipun Cik DeLuca akur bahawa hormon boleh menimbulkan simptom-simpton kurang menyenangkan, beliau mendakwa ia tidak cukup teruk sehingga menjejas mereka, sambil menambah “semua orang mengalaminya pada masa-masa tertentu”.

Sekalipun begitu, seorang profesor kesihatan wanita di UCL, Joyce Harper, menyuarakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.

“Sekitar 95 peratus wanita mengalami PMS pada masa tertentu. Ia bukan kerana kami ‘tidak tahu mengawal keadaan’. Saya amat tidak bersetuju bahawa ia ‘hanyalah bukti wanita moden sukar menangani antara mendapatkan semua dan melakukan semua’. Kami tidak mencipta PMS,” tegas beliau.

Ini bukanlah kali pertama para pengkaji menyuarakan kesangsian mengenai kesahihan PMS.

Teori yang sama turut tersebar pada tahun 2012 setelah kajian penuh kontroversil iaitu Kajian Perubatan Jantina mendakwa bahawa “PMS mungkin tidak wujud”.

Para pengkaji di Universiti Toronto menjalankan analisis ke atas 41 kajian yang memeriksa ‘mood’ wanita seiring dengan kitaran haid dan mendapati hanya satu daripada enam kajian membuktikan kaitan antara ‘mood’ tidak menentu dengan tempoh sebelum haid.

Sekalipun begitu, NHS menegaskan dapatannya perlu dipertimbang dengan hati-hati memandangkan banyak kajian yang diteliti hanya menggunakan saiz sampel yang kecil.

NHS juga memutuskan kajian terbaru ini kelihatan seperti “sekadar rencana pandangan berbanding kertas kajian  

- Agensi berita/NK/aq

Komen Anda?

Top