Images
  • rice banana
    (Gambar: MERDEKA.COM)

Benarkah 9 makanan ini boleh buat anda mudah ngantuk?

MERDEKA.COM: Kebanyakan daripada kami pasti pernah berasa mengantuk ketika berada di tempat kerja ataupun dalam pengangkutan awam.

Malah, adakalanya apabila tidak berpeluang untuk melelapkan mata walaupun untuk seketika, prestasi di tempat kerja pula akan terjejas.

Bagaimana untuk mengelakkan daripada mengalami situasi sedemikian?

Sebenarnya, anda dapat menghindarkan rasa mengantuk dengan mengelakkan daripada memakan sejumlah jenis makanan!

Sembilan makanan ini bahkan seharusnya dielakkan jika anda mempunyai jadual yang padat, harus menyelesaikan banyak kerja, atau perlu menghadiri mesyuarat yang penting.

1. PRODUK TENUSU


Di antara semua produk tenusu, keju adalah makanan yang paling mudah membuat anda mengantuk. Ini kerana keju mengandungi kalsium dalam jumlah yang banyak.

Malah, kandungan kalsium yang ada pada keju ini akan memacu otak untuk memanfaatkan sejenis asid amino, triptophan, yang mengeluarkan hormon melatonin, yang merupakan penyebab anda mengantuk.

2. BADAM


Badam juga kaya dengan triptophan. Asid amino itu pula mengeluarkan melatonin yang sering dikenali sebagai 'hormon tidur'. Selain itu, jenis kacang ini turut mengandungi magnesium yang berfungsi untuk mengurangkan ketegangan otot dan membuat anda berasa mengantuk.

3. PISANG


Gula, kalium, dan magnesium dalam pisang akan menghasilkan triptophan yang akan dibawa ke otak dan menyebabkan rasa mengantuk.

4. KACANG WALNUT


Kacang walnut mengandungi triptophan yang lebih sedikit berbanding almond, tetapi ia mampu menghasilkan melatonin sendiri. Kajian menunjukkan, kacang walnut meningkatkan tahap hormon dalam darah dan membuat anda berasa cepat mengantuk.

5. BUAH CERI


Ceri, khususnya tart ceri, memiliki kandungan melatonin yang agak tinggi. Memakan segenggam ceri segar tidak akan membuat anda mengantuk. Tetapi, meminum segelas jus ceri akan membuat anda cepat mengantuk dan tidur nyenyak.

6. TEH BUNGA KAMOMIL


Bunga kamomil kaya dengan glisin, asid amino yang memiliki kesan ubat penenang ringan yang mengurangkan ketegangan otot-otot dan sistem saraf. Setelah minum secangkir teh kamomil, anda pasti akan tidak dapat terus berjaga.

7. BIJI LABU


Selain triptophan, biji labu mengandungi zink dan magnesium dalam jumlah besar. Biji ini dapat membuat anda berasa tenang dan santai. Selain itu, anda juga tentu berasa mengantuk dalam masa beberapa minit.

8. NASI PUTIH


Anda pasti sudah pernah merasakan setiap kali selesai makan, anda akan merasa mengantuk. Itu kerana nasi putih mengandung indeks 'glycemic' yang sangat tinggi. Indesk 'glycemic' yang tinggi dapat menyebabkan anda tertidur selama tiga hingga empat jam. Para pengkaji mendapati bahawa beras melati, khususnya, membuat anda lebih cepat tidur daripada jenis beras lainnya.

9. MINYAK IKAN


Asid amino yang terkandung dalam salmon, tuna, dan ikan berminyak lain meningkatkan pengeluaran melatonin. Asid ini mengurangi tahap hormon stres dalam darah. Disebabkan itu jugalah selepas anda makan minyak ikan, anda berasa ingin tidur.

Jadi dengan ini, kalau anda mahu berehat atau mahu cepat melelapkan mata, maka mungkin anda boleh mencari kesembilan-sembilan makanan ini.

Tetapi sebaliknya kalau anda sedang bekerja atau anda senang belajar untuk peperiksaan, mungkin ini bukan makanan-makanan yang mahu anda kunyah. 

- MERDEKA.COM/im

Komen Anda?

Top
>