Images
  • flesby
    Gambar kereta Flesby II. (Gambar: Facebook) 

Beg angin selalunya di dalam kereta, yang ini pula di luar kereta!

TOKYO: Sebuah kereta unik yang menarik perhatian ramai pengunjung pameran kereta di Tokyo.

Bukan sahaja kerana bentuknya, kereta itu juga mempunyai beg-beg udara di bahagian badan luarnya supaya tidak kemek jika dilanggar.

Kereta konsep Flesby II ini dihasilkan syarikat Toyoda Gosei, pengeluar getah serta komponen-komponen plastik kenderaan dan cahaya LED.

Panel-panel badan kereta ini dilindungi dengan getah lembut generasi baru yang boleh menyerap kesan pelanggaran.

Getah itu juga boleh bergerak dengan kuasa elektrik dan mengubah bentuk kereta ini.

Selain itu cahaya LED di dalam beg-beg getahnya membolehkan pemandunya bercakap dengan para pejalan kaki dengan kenderaan lain.

- Agensi Berita/MU/fa

Komen Anda?

Top