Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Barbie 'fashionista' gayakan baju rekaan 15 pereka fesyen

Para pereka fesyen Perancis diberi peluang untuk menjadi Barbie sebagai model yang menggayakan rekaan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Oct 2017 11:09PM Dikemas Kini : 21 Oct 2017 11:14PM

PARIS: Para pereka fesyen Perancis diberi peluang untuk menjadi Barbie sebagai model yang menggayakan rekaan mereka.

Koleksi pakaian mini yang digayakan Barbie 'fashionista', lengkap dengan rambut yang didandan dipamerkan di sebuah galeri di Paris.

Seramai 15 pereka fesyen diberikan kebebasan untuk menggayakan patung ikonik itu. Maka, dapatlah anda melihat Barbie dalam pelbagai jenis pakaian dari baju renang yang diilhamkan dari Brazil hinggalah ke baju tradisional Afrika siap dengan ciri moden.

Pereka pakaian kanak-kanak yang berpangkalan di Paris, Olivia Belanger menggayakan Barbie beliau dengan 'jump suit' berwarna jingga.

"Ia amat mencabar kerana mereka pakaian yang begitu kecil amat sukar. Anda perlu teliti dengan perinciannya, jahitan yang kecil dan memastikan ia tidak kelihatan. Misalnya, saya menjahit blaus semasa ia dipakai Barbie untuk pastikan ia benar-benar muat," kata beliau.

Sejak 2015, syarikat pembuat mainan, Mattel, mencipta lebih 100 Barbie baru dalam pelbagai warna kulit serta bentuk badan untuk melambangkan kerencaman dan bersifat lebih inklusif.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan