Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bapa ‘salib’ anak 10 tahun yang enggan buat kerja sekolah

Seorang bapa sanggup ‘menyalib’ anak lelakinya di tepi jalan di khalayak ramai, semata-mata kerana budak itu enggan membuat kerja sekolah.

Anggaran Waktu Membaca:
Bapa ‘salib’ anak 10 tahun yang enggan buat kerja sekolah

Seorang kanak-kanak 'disalib' bapanya di China kerana enggan membuat kerja sekolah. (Gambar: Petikan dari Youtube)

Diterbitkan : 06 Mar 2017 12:58AM Dikemas Kini : 06 Mar 2017 01:03AM

CHONGQING: Seorang bapa sanggup ‘menyalib’ anak lelakinya di tepi jalan di khalayak ramai, semata-mata kerana budak itu enggan membuat kerja sekolah.

Sebuah gambar yang tersebar luas online menunjukkan kanak-kanak berusia 10 tahun itu melutut di atas kotak plastik, dengan kedua-dua lengannya ditampal dengan pelekat pada dua palang kayu yang melintang seperti salib, di belakangnya.

Menurut Daily Mail, gambar itu dipetik oleh seorang jiran di Chongqing, China, yang prihatin akan keadaan kanak-kanak malang itu.

Kanak-kanak tersebut dikatakan terpaksa melutut dengan keadaan ‘disalib’ tersebut selama berjam-jam lamanya. Ini kerana bapanya menganggap pengalamaan dimalukan di khalayak ramai akan membuat anaknya sedar akan kesilapannya.

Daily Mail melaporkan, para jiran berkata si bapa mempunyai kedai buah-buahan dan memang tegas dengan anak lelakinya itu.

Lelaki itu bertindak ‘menyalib’ anaknya setelah diberitahu oleh guru anaknya bahawa kanak-kanak itu sekali lagi tidak membuat kerja sekolahnya.

Namun, apabila ditanya media China mengapa beliau bertindak demikian, si bapa berkata ia bukan sesuatu yang serius dan hanya dilakukan sebagai satu gurauan.

Beliau juga berang dengan jirannya kerana menyebarkan gambar tersebut dan menimbangkan untuk mengemukakan saman terhadapnya.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan