Images
  • makan
    Gambar hiasan. (Gambar: Merdeka.com)

"Bagaimana nak diet? Makanan semuanya sedap!" Ini cara kawal nafsu makan anda

BERITAMediacorp: Bila perut sudah mula berkeroncong, nafsu makan pun mulalah bermaharajalela.

Rasa lapar yang menyerang tanpa diduga seringkali membuatkan kita 'mengidam' dan akan 'ngap' saja makanan yang berada di depan mata tanpa berfikir panjang.

Sudahnya, berat badan menjadi sasaran!

Berikut ini adalah cara paling mudah untuk mengawal nafsu makan yang 'menggila', menurut laman Boldsky.com:

MAKAN BANYAK PROTEIN TANPA LEMAK

Selain baik untuk kesihatan otot, protein juga boleh mengawal nafsu makan. Maka, pilihlah protein yang tidak mengandungi banyak lemak supaya anda terhindar dari kadar kolesterol yang tinggi.

MAKAN BUAH-BUAHAN

Tinjauan menunjukkan, mereka yang suka memakan buah-buahan cenderung menahan rasa lapar dengan baik. Ini kerana fruktosa dalam buah mampu mengisi glikogen hati yang dapat membantu mengurangkan rasaapar.

JANGAN MENJALANKAN DIET YANG MELAMPAU

Diet yang melampau hanya akan membuatkan anda cenderung 'membalas dendam' dan memakan makanan yang tidak dapat dimakan semasa sedang berdiet. Maka berdietlah dengan cara yang wajar supaya tubuh dapat kekal sihat.

ALIHKAN PERHATIAN

Cara ini berkesan kerana anda tidak terus-menerus memikirkan tentang makanan. Oleh itu setiap kali anda terasa lapar, cubalah alihkan perhatian kepada perkara-perkara lain. 

- Merdeka.com/nk

Komen Anda?

Top
>