Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Awas bakteria berlegar di udara, tutup mangkuk tandas ketika dipam

Setelah menggunakan jamban lazimya kita akan mengepamnya. Namun adakah anda menutup terlebih dahulu mangkuk tandas sebelum mengepamnya?

Anggaran Waktu Membaca:
Awas bakteria berlegar di udara, tutup mangkuk tandas ketika dipam

Gambar hiasan tandas. (Gambar: JOHANNES EISELE / AFP)

Diterbitkan : 19 Oct 2017 08:39PM Dikemas Kini : 19 Oct 2017 08:41PM

BERITAMediacorp: Setelah menggunakan jamban lazimya kita akan mengepamnya. Namun adakah anda menutup terlebih dahulu mangkuk tandas sebelum mengepamnya?

Menurut laman Boldsky, mangkuk tandas harus ditutup sebelum dipam adalah disebabkan fenomena yang dipanggil 'toilet plume'.

Ketika anda mengepam mangkuk tandas, air yang berputar dengan laju di dalamnya akan menyemburkan cecair kotor ke udara. Fakta lain yang agak mengejutkan adalah, cecair itu boleh menyembur ke udara hingga mencapai ketinggian 15 kaki atau setara dengan 35 meter!

Oleh kerana itu, wajib bagi anda untuk menutup mangkuk tandas sebelum ia dipam, terutama sekali jika bilik mandi tersebut digunakan berkali-kali.

SATU KALI PAM TIDAK CUKUP HILANGKAN KUMAN

Satu kajian yang diterbitkan di jurnal Mikrobiologi Gunaan mendapati apa pun yang 'dibuang' ke dalam mangkuk tandas akan berada lama di dalamnya meskipun sudah dipam.

Jika tandas sudah dicemari bakteria dan virus yang mungkin berbahaya, para pengkaji mendapati mikrob boleh merebak ke bahagian lantai, singki malah berus gigi anda.

Meskipun sudah dipam, mikrob akan tetap menempel pada dinding mangkuk tandas sehinggalah ia dipam beberapa kali. Mikrob tidak akan hilang sepenuhnya kecuali jika anda menggosok mangkuk tandas dengan kuat.

Bakteria seperti salmonela dan shigela dan virus seperti norovirus dan hepatitis A boleh menular dalam tubuh manusia jika ia dapat memasukinya menerusi mulut. Ini mungkin dari berus gigi yang tercemar dengan bakteria tersebut.

SIMPAN BERUS GIGI DI TEMPAT TERTUTUP

Sebaiknya, anda meletakkan barang-barang yang digunakan di dalam mulut, seperti berus gigi, di tempat yang tertutup seperti almari di dalam tandas anda.

Setelah anda mengepam mangkuk tandas, segera keluar dari bilik mandi kerana terdapat kemungkinan jangkitan kuman dan bakteria yang berada di udara.

Yang paling penting adalah, hindari daripada menggunakan alat pengering tangan di dalam tandas. Ini kerana alat tersebut mengeluarkan udara panas yang boleh menyebarkan lagi kuman yang ada di udara di dalam tandas.

Untuk menjauhi jangkitan, anda perlu mencuci tangan dengan betul dan menggunakan tisu untuk mengeringkan tangan.

Sumber : Agensi berita/Merdeka.com/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan