Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Arca pasir setinggi 16.68m dibuat di Jerman!

Arca berkenaan memaparkan beberapa bangunan ikonik seperti Acropolis di Athens dan sudah berjaya menarik sekitar 180,000 pengunjung setakat ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Sep 2017 07:59PM Dikemas Kini : 02 Sep 2017 10:16PM

DUISBURG: Sebuah pasukan antarabangsa berjaya membuat arca pasir tertinggi di dunia.

Percubaan itu dilakukan di bandar Duisburg, Jerman.

Setinggi 16.68 meter, arca pasir itu disahkan oleh pihak Buku Rekod Guinnes sebagai yang tertinggi di dunia.

Rekod lama sebelum ini - arca pasir setinggi 14.84 meter yang dibuat di India pada Februari tahun ini.

Kerja menyiapkan arca pasir itu mengambil masa lebih tiga setengah minggu dan menggunakan pasir sebanyak 3,500 tan.

Arca berkenaan memaparkan beberapa bangunan ikonik seperti Acropolis di Athens dan sudah berjaya menarik sekitar 180,000 pengunjung setakat ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NT/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan