Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Apple usaha betulkan masalah pepijat kata laluan dalam Mac

Apple menyatakan malam semalam (28 Nov) bahawa ia sedang berusaha untuk memperbetulkan masalah kata laluan dalam sisterm operasi Mac yang terbaru iaitu MacOS High Sierra.

Anggaran Waktu Membaca:
Apple usaha betulkan masalah pepijat kata laluan dalam Mac

Pembangun sofwe Turki Lemi Ergin menemui pepijat itu dan memuat naik catatan mengenainya di Twitter. (Gambar: Twitter/@lemiorhan)

Diterbitkan : 29 Nov 2017 01:26PM Dikemas Kini : 29 Nov 2017 02:26PM

CALIFORNIA: Apple menyatakan malam semalam (28 Nov) bahawa ia sedang berusaha untuk memperbetulkan masalah kata laluan dalam sisterm operasi Mac yang terbaru iaitu MacOS High Sierra.

Masalah itu membolehkan seseorang mendaftar masuk ke dalam sebuah komputer Mac tanpa perlu menggunakan kata laluan lantas mempunyai akses kepada hak pentadbir yang utama.

Dalam satu kenyataan yang dipetik oleh beberapa laporan media, Apple menyatakan: "Kami sedang berusaha mengemas kini perisian untuk menangani isu ini."

"Buat masa ini, melindungi kata laluan dengan menetapkan kata laluan utama dapat mengelak akses tanpa kebenaran kepada Mac anda," tambah Apple.

Apple juga meminta pengguna Mac agar mengikuti arahan-arahan dalam lamannya untuk membolehkan seorang pengguna utama menetapkan kata laluan.

Masalah pepijat itu pertama kali ditemui seorang pembangun sofwe warga Turki Lemi Ergin.

Beliau mendapati dengan hanya menaip nama pengguna sebagai "root" tanpa mengisi kata laluan, beliau boleh mendapat akses bebas kepada mesin yang disasarkan.

Beliau kemudian dianggap pentadbir sistem tersebut sekaligus boleh melihat fail-fail dan menukar kata laluan pengguna asal mesin itu.

Alamat email Apple ID pengguna Mac itu juga boleh ditukar. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan