Images
  • genius office lady
    Wanita China ini menggoreng penkek di atas CPU komputer. (Petikan dari YouTube 办公室小野)
  • iron beef
    Daging digril dengan seterika. (Petikan dari YouTube 办公室小野)

Anda mahu cuba goreng penkek atas CPU komputer, gril daging dengan seterika?

BEIJING: Anda bosan dengan makanan di kantin pejabat anda? Atau jelak dengan makanan yang penuh dengan MSG setiap kali keluar makan tengah hari di tempat kerja?

Mungkin anda boleh mendapat inspirasi dan idea baru daripada wanita China ini.

Wanita yang sudah menjadi terkenal di media sosial itu memasak makanan sendiri di dalam pejabatnya – tetapi bukan dengan menggunakan periuk dan kuali di dapur.

MASAK GUNAKAN CPU KOMPUTER, SETERIKA

Sebaliknya, beliau menggunakan alat-alat yang biasa didapatkan dalam pejabat – seperti CPU komputer, seterika dan lain lagi.


Daging digril dengan seterika. (Petikan dari YouTube 办公室小野)

Wanita itu, yang terkenal sebagai “Little Ye dalam pejabat” di wadah blog mikro Sina Weibo, memuat naik video-video beliau memasak dalam pejabatnya sejak Januari lalu, menurut South China Morning Post (SCMP).

Dalam sebuah video, beliau dilihat menggoreng penkek di atas bahagian luar CPU. Beliau sebelum itu dilihat sanggup mengeluarkan bahagian-bahagian CPU itu satu persatu dengan menggunakan skru, lalu menghidupkan api dalam sebuah bekas dengan menggunakan lilin dan papan kayu yang dipatah-patahkan daripada hiasan bunga di mejanya.


Dalam sebuah lagi video, wanita kreatif itu memasak hotpot dengan menggunakan alat dispenser air.


Beliau juga antara lain dilihat membuat bertih jagung dengan tin air minuman dan penunu gas, serta memanggang daging dengan seterika di meja pejabatnya.



Bagaimanapun, dalam video-video tersebut, rakan-rakan kerjanya yang duduk di sekelilingnya kelihatan tidak mengendahkan gelagat beliau dan hanya fokus terhadap tugas masing-masing.

KINI JADI SELEBRITI

Menurut SCMP, setiap satu daripada lapan video yang dimuatnaiknya secara online sudah ditonton berjuta-juta kali, hingga ‘Little Ye’ kini boleh dianggap sebagai selebriti.

Ramai netizen yang kagum atas daya kreatif wanita tersebut dan kesanggupannya menggunakan alat-alat dalam pejabat untuk memasak makanan sendiri.

Bahkan ada pula pengguna Internet yang memuat naik video mengikut kaedah beliau memasak makanan dalam pejabat, menurut SCMP.

Namun sesetengah netizen hairan mengapa rakan-rakan kerjanya langsung tidak mengendahkan gelagatnya itu dan membuat spekulasi mungkin wanita tersebut adalah bos mereka.

- Agensi berita/nd

Komen Anda?

Top