Images
  • mazlan malik
    Malik Mazlan melukis kaligrafi di bengkel gurunya, Encik Yong Cheong Thye. (Gambar: Lam Shushan & Corine Tiah)

Anak Melayu S'pura, Malik Mazlan jelajah dunia demi cinta kaligrafi Cina

SINGAPURA: Di tengah-tengah kesibukan Kampong Gelam, terdapat sebatang lorong sempit di belakang bangunan Masjid Sultan yang tersembunyi dari pandangan orang ramai dan kurang mendapat kunjungan tamu.

Di sana duduk seorang lelaki muda yang khusyuk berkarya menggunakan berus, kertas putih dan dakwat hitam.

Adakalanya juga, selain memperhalusi lagi tulisan kaligrafi Cina, beliau dilihat tekun mengukir huruf-huruf Cina pada blok batu lembut, untuk menghasilkan mohor.

Lelaki muda ini, Malik Mazlan, menggunakan kawasan lorong ini studio beliau untuk menghasilkan kaligrafi Cina.


Malik sering dilontarkan soalan yang sama: Bagaimana beliau begitu berminat dalam kaligrafi Cina? Daripada memberikan jawapan terus terang, beliau memberikan anekdot ini.

"Semasa saya kecil dahulu, emak saya membawa saya ke pasar, dan suruh saya duduk di salah satu kedai buku Cina. Beliau berkata saya akan melihat komik-komik itu tanpa memahaminya. Mungkin itu dapat menjelaskan minat saya dapam kaligrafi Cina? Saya tidak tahu."

DI MANA MINAT TERHADAP SENI KALIGRAFI CINA BERMULA

Anak muda berusia 28 tahun ini mempelajari kaligrafi Cina sejak enam tahun yang lalu. Perjalanannya dalam meneruskan seni tradisional ini sudah membawa beliau menjelajah ke beberapa negara.

Ia bermula di Jepun pada tahun 2011 apabila Malik mengikuti program pertukaran pelajar semasa di Politeknik Republic.

"Saya amat menggemari bidang budaya. Apabila saya berjalan-jalan di Jepun, saya nampak banyak papan tanda yang indahk dan saya berkata pada diri saya: "Wah, tulisan-tulisan ini cantik sekali."

Terpesona dengan budaya tersebut, beliau pulang ke Singapura dan berjumpa dengan seorang guru Jepun untuk mengajarnya bahasa tersebut.


Apabila sensei tersebut secara kebetulan, menunjukkan kepadanya beberapa penulisan kaligrafi yang dihasilkan pelajar-pelajar lain, Malik sedari bahawa tulisan-tulisan indah yang dilihatnya di papan-papan tanda di Tokyo adalah, suatu bentuk tulisan kaligrafi.

"Saya tidak dapat jumpa mana-mana guru yang berpengetahuan dalam tulisan kaligrafi Jepun, maka disebabkan itu saya tertarik kepada kaligrafi China," katanya.

Namun, menurutnya apabila beliau bertemu dengan beberapa orang di Chinatown, mereka memberitahunya bahawa "mustahil untuk mengajarnya kaligrafi Cina" kerana beliau tidak memahami Mandarin.

'Saya amat sedih', kata Malik.

Beliau memutuskan bahawa cara terbaik untuk meneruskan minatnya itu ialah dengan mendaftarkan diri di sebuah universiti di Taiwan dan tinggal di tengah-tengah dalam budaya Cina.

Kegigihannya untuk terus mendalami minatnya itu membuahkan hasil apabila beliau bertemu dengan Encik Ho Sou Ping, seorang pelukis dakwat Cina berpengalaman, yang kemudian mengenalkan Malik kepada gurunya sendiri penulis kaligrafi terkenal, Encik Yong Cheong Thye.


(Gambar-gambar: Lam Shushan & Corine Tiah)

SAYA MASIH LAGI BERJIWA MELAYU

Di sebalik usahanya untuk memperbaiki diri dalam bidang tersebut, Malik mendapati masih terdapat sekumpulan kecil orang dalam industri tersebut yang agak sangsi akan potensi beliau.

"Banyak orang yang menyokong," katanya. "Tetapi saya sedih kerana pernah ada seorang yang berkata sesuatu tentang diri saya tidak memahami budaya Cina, bahawa dia merasakan saya tidak layak untuk melakukan ini."

Nasihat gurunya? Jangan hiraukan mereka. "Encik Yong, selalu berkata ‘bu guan ta men’, jangan pedulikan mereka. Beliau merupakan seorang lelaki yang sangat positif."

Tidak pernah terlintas dalam fikiran Malik tidak lagi berkarya dalam kaligrafi Cina.

Namun beliau turut menekankan minat mendalamnya dalam kaligrafi Cina tidak membuatkannya "kurang Melayu". Malik berkata: "Saya bercakap Melayu, saya makan makanan Melayu. Dalam jiwa saya, saya adalah orang Melayu." 

- CNA/UR/im

Komen Anda?

Top