Images

Akuarium terbesar Eropah tempatkan spesis terancam dari 5 benua

SWITZERLAND: Jika anda gemar melihat hidupan laut menerusi akuarium, ini sebuah lokasi yang boleh dimasukkan ke dalam senarai 'must-go' anda.

Aquatis di Lausanne, Switzerland adalah akuarium air tawar terbesar di Eropah yang menempatkan spesis-spesis terancam. Ia mempunyai 20 ekosistem berbeza.

Di sana terdapat 46 akuarium, vivarium dan terarium yang dibina untuk menempatkan spesis dari lima benua.

Pengarah Aquatis berharap lawatan orang ramai ke sana dapat membantu usaha melindungi spesis yang terancam pupus.

Saksikan video menarik hidupan laut yang kami paparkan.

- Agensi berita/NU/nk

Komen Anda?

Top