Images
  • botak
    Aksi di acara bagi lelaki botak sedunia. (Gambar: Reuters)

Aksi si kepala-kepala botak dalam peraduan unik di Jepun

TSURUTA CITY: Lebih 30 lelaki botak berkumpul di sebuah kemudahan mata air panas di bandar Tsuruta, Jepun, untuk menonjolkan kepala botak mereka dan juga berseronok.

Para anggota Kelab Lelaki Botak bergilir ganti menyertai peraduan Tarik Tali yang unik iaitu dengan melekatkan satu cawan sedutan, yang diikat dengan benang merah kepada setiap satu kepala peserta. Kedua-dua pihak kemudian cuba menarik cawan itu daripada kepala pesaing mereka.

“Kepala saya masih sakit,” seloroh Toshiyuki Ogasawara, 43 tahun. “Saya rasa saya perlu meletakkan ais!”

Masatomo Sasaki, 64 tahun, seorang peserta kali pertama di peraduan itu, berkata beliau sebelum ini rasa tidak yakin dengan kebotakannya tetapi kini beliau tidak lagi berasa begitu.

Kelab itu, yang menarik sekitar 65 anggota dari merata dunia sejak ia ditubuhkan pada tahun 1989, menggalak orang ramai supaya “melihat kebotakan dari sudut yang positif, berseronok, dan menceriakan dunia ini dengan kepala botak mereka”.

Pengerusi kelab itu, Teijiro Sugo, 70 tahun, berharap perhimpunan itu dapat menjadi sesuatu yang lebih besar lagi.

“Saya mahu semua lelaki botak di dunia untuk berkumpul di sini supaya kami dapat menganjurkan peraduan Olimpik lelaki botak,” kata Encik Sugo.

Acara itu diadakan setiap 22 Februari. 

- Agensi berita/ru

Komen Anda?

Top
>