Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ahli arkeologi temui makam bangsawan berusia 3,000 tahun di Mesir

Makam itu yang ditemui di bandar Nile, Luxor, milik seorang hakim dari kerajaan Mesir pada kurun ke-16 hingga ke-11 sebelum masihi. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Apr 2017 07:20PM Dikemas Kini : 19 Apr 2017 11:15PM

MESIR: Para ahli arkeologi di Mesir menemui makam seorang bangsawan yang sudah berusia 3,000 tahun.

Makam itu yang ditemui di bandar Nile, Luxor, milik seorang hakim dari kerajaan Mesir pada kurun ke-16 hingga ke-11 sebelum masihi.

Di dalam makam tersebut, terdapat lapan mumia, 10 makam batu yang dihias dengan ukiran berwarna-warni serta sejumlah besar patung.

Bulan lalu, para ahli arkeologi menemui sebuah patung setinggi lapan meter di Kaherah, milik seorang raja purba.

Menerusi penemuan sebegini, ia diharap dapat merancakkan semula perniagaan pelancongan di sana yang kian merosot.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan