Images
  • social media
    Gambar hiasan. (Gambar: Pexels)

9 perkara untuk diterapkan kepada anak anda yang gemar guna media sosial!

SINGAPURA: Sama seperti bagaimana anda menyertai kumpulan-kumpulan online di platform media sosial seperti Snapchat, Instagram dan Facebook, perkara itu jugalah yang dilakukan anak-anak anda!

Bagaimanapun, meskipun anak anda tidak berhadapan secara langsung semasa bergaul di media sosial, ini tidak bermakna mereka harus rasa selamat untuk berbual secara terbuka.

Itulah sebabnya kejadian buli siber adalah satu masalah yang benar-benar berlaku. Majlis Celik Media Singapura menarik perhatian bahawa tiga daripada 10 murid dan remaja pernah menjadi mangsa buli siber.

Justeru, mari kita semak sembilan perkara ini untuk dikongsi bersama anak anda apabila menggunakan media sosial;

1. JANGAN MUAT NAIK MAKLUMAT PERIBADI ONLINE
Maklumat seperti lokasi mereka dan maklumat peribadi tidak harus diletakkan di Internet kecuali mereka mahu menjadi mangsa jenayah. Walaupun sekadar berkongsi lokasi sebuah kafe di Instagram, ada lebih baiknya ia dilakukan selepas mereka meninggalkan kafe itu.

2. JANGAN SEBARKAN MAKLUMAT PALSU
Di bawah Akta Telekomunikasi, anda boleh didenda sehingga S$10,000 atau dpenjara selama tiga tahun atau kedua-duanya kerana menyebarkan maklumat palsu. Menyebarkan maklumat mengenai ancaman bom di sekolah misalnya boleh membuat anak anda dipenjara!

3. BERSOPAN SANTUN WALAUPUN TIDAK SETUJU
Jika seorang pengguna lain menggunakan kata-kata kesat, nasihatkan anak anda untuk tidak bertikam lidah. Mereka boleh saja melarang sesiapa saja untuk berinteraksi dengan mereka.

4. JANGAN MEMALUKAN RAKAN SENDIRI
Ingatkan anak anda untuk tidak memalukan rakan sendiri.
Mereka tidak mempunyai kawalan sepenuhnya untuk memadamkan sebarang maklumat peribadi di Internet. Walaupun mereka sudah memadamkan gambar atau video, rakan-rakan lain mungkin sudah menyimpan salinan gambar itu.

5. BERSIKAP BERTANGGUNGJAWAB
Apa yang dianggap satu perkara kelakar mungkin membawa kesan mendalam pada masa depan. Lebih baik untuk anak anda tidak menyuarakan pendapat mereka sendiri daripada ia menjadi keadaan yang tidak dapat dikawal.

6. HORMATI PERBEZAAN
Jangan menggunakan kata-kata kesat atau yang berbaur perkauman. Sebarang kata-kata sebegitu akan mencetuskan keganasan atau kegelisahan - yang boleh dihukum di sisi undang-undang.

7. TUNJUKKAN RASA EHSAN
Ajar anak anda mengenai sifat belas kasihan. Ini kerana apa yang dikatakan mereka mungkin membawa maksud yang berbeza kepada orang lain dan boleh mencalarkan hubungan mereka.

8. TIDAK SALAH UNTUK 'BLOCK' PENGGUNA LAIN
Tidak salah untuk mereka melarang atau 'block' pengguna lain yang membuat mereka rasa tidak senang. Apabila rakan-rakan mereka mengganggu mereka atau orang tidak dikenali bertanyakan soalan-soalan berunsur seksual - jangan dilayan atau terus 'block' saja mereka.

9. SEBARKAN RASA POSITIF
Kata-kata perangsang jauh lebih bermakna daripada merungut mengenai kerja sekolah atau rasa tertekan daripada sekolah. Pasti mereka tidak mahu apa yang dikatakan itu diberitahu guru sekolah mereka!

- CNA/ru

Komen Anda?

Top