Images
  • Antartica

55 orang sahut cabaran lari maraton di Antartika

ANTARTIKA: Berlari maraton sahaja merupakan satu cabaran yang besar apatah lagi jika dilakukan dalam suasana yang paling sejuk di dunia?

Bagaimanapun seramai 55 orang menyahut cabaran luar biasa itu dengan menyertai larian maraton di benua Antartika.

Dengan suhunya di paras 25 darjah Selsius di bawah sifar, para peserta maraton di Antartika itu melakukan larian dua pusingan keliling kem penerokaan Union Glacier.

Sebagai langkah berjaga-jaga, para peserta sentiasa diawasi ketika berlari sejauh 21 kilometer.

Ini kerana mereka boleh cepat terjejas oleh keadaan suhu yang terlalu sejuk meskipun memakai baju panas berlapis-lapis.

Saksikan terus video larian dan pemandangan yang luar biasa itu.

- Agensi berita/AA/nk

Komen Anda?

Top