Images
  • oat
    Gambar hiasan. (Gambar: Shutterstock/Iryna Melnyk melalui MERDEKA.COM)

5 menu sarapan ini mampu bantu anda percepat kurangkan berat badan

MERDEKA.COM: Jika anda melambat-lambatkan waktu sarapan dengan alasan, dengan harapan tubuh anda cepat kurus ketika menjalani diet, ia sebenarnya adalah suatu 'kesalahan' yang besar. 

Malah, jika anda tidak bersarapan, anda akan lebih cenderung untuk 'balas dendam' sewaktu makan tengah hari kerana sangat lapar.

Pendeknya, janganlah terjebak dalam kefahaman yang salah. Jadi mengapa tidak memilih menu sarapan yang sihat?

Dipetik dari boldsky.com, berikut adalah beberapa menu sarapan sihat yang dapat membantu anda mempercepatkan penurunan berat badan.

1. MIL OAT


(Gambar: boldsky.com melalui MERDEKA.COM)

Kandungan serat, kalsium, zat besi, dan zat-zat lain dalam mil oat menjadikannya menu ideal untuk sarapan. Para ahli gizi malah menyarankan anda untuk bersarapan dengan semangkuk mil oat.

"Selain bermanfaat untuk menurunkan berat badan, kandungan serat dalam mil oat membantu untuk menyihatkan sistem kardiovaskular tubuh."

2. ROTI GANDUM


(Gambar: MERDEKA.COM)

Jika anda tidak mempunyai bekalan mil oat di rumah, anda boleh memilih roti gandum sebagai menu sarapan. Malah, anda juga boleh mengolahnya menjadi roti bakar gandum.

"Bukan hanya mengandungi serat, roti gandum juga rendah kalori sehingga sesuai untuk dijadikan menu sarapan bagi anda yang ingin menurunkan berat badan."

3. TELUR REBUS


(Gambar: boldsky.com melalui MERDEKA.COM)

Telur rebus kaya protein, rendah karbohidrat, serta rendah kandungan glikemiknya.

Telur rebus sangat sesuai disertakan dalam menu sarapan kerana telur rebus mampu memberikan tenaga yang diperlukan untuk kegiatan sepenjang hari.

4. AVOKADO


(Gambar: boldsky.com melalui MERDEKA.COM)

Avokado juga dapat dihidangkan dalam menu sarapan pagi dari pilihan buah-buahan. Avokado mempunyai kandungan glikemik yang rendah.

Namun ia kaya dengan kompleks vitamin B dan asid folat yang membantu dalam pembakaran lemak tubuh.

5. SALADA SAYURAN


(Gambar: Shutterstock/ Shebeko melalui MERDEKA.COM)

Jika anda berpendapat bahawa sarapan pagi dengan menu salad tidak mengenyangkan, maka anda silap. Ini kerana salada kaya dengan serat yang boleh membuat perut anda kenyang lebih lama.

Malah, menu ini sesuai untuk dijadikan sarapan kerana keadaan perut yang masih kosong di pagi hari akan memaksimumkan penyerapan zat yang berguna untuk tubuh. 

- MERDEKA.COM/im

Komen Anda?

Top
>