Images
  • fruit mosaic
    Mozek buah-buahan terpanjang di Singapura. (Gambar: Facebook/ Downtown Gallery)

40,000 buah pelbagai jenis dijadikan mozek sepanjang 200m di S'pura!

SINGAPURA: Satu mozek buah-buahan berwarna-warni menempah nama dalam buku rekod Singapura.

Sebanyak 40,000 buah-buahan digunakan untuk menghasilkan mozek tersebut.

Jika anda berada di sepanjang Shenton Way siang tadi (2 Jul), anda mungkin melihat mozek buah-buahan terpanjang Singapura sepanjang 200 meter itu.

Beberapa pelajar politeknik turut membantu mencatat rekod hari ini.

Selepas acara tersebut, buah-buahan itu dibersihkan dan disumbangkan kepada golongan yang memerlukan. 

- BERITAMediacorp/ru

Komen Anda?

Top