Images
  • joe wicks
    Jurulatih Joe Wicks bersama anak saudara lelakinya. (Gambar: REUTERS/NEIL HALL)

3,804 peserta pecah rekod melalui senaman HIIT

BRITAIN: Seorang jurulatih mencatatkan rekod dunia yang baru bagi sesi senaman HIIT yang terbesar pernah dijalankan.

Joe Wicks atau dikenali juga sebagai jurulatih tubuh menerajui sesi itu yang mana para peserta harus melakukan beberapa senaman.

Ribuan orang menyertai acara senaman ini di Hyde Park. Senaman HIIT merupakan kegiatan bertenaga tinggi yang boleh membakar kalori, meningkatkan otot dan menguatkan daya tahan.

"Pada mulanya saya rasa gemuruh tetapi ia sesatu perkara yang menarik sekali dapat bersenam beramai-ramai," katanya kepada akhbar The Sun.

Rekod terbaru ini mengatasi rekod lama dengan kelebihan lebih 100 orang.

Sekitar 3,804 bersenam berterusan selama lebih 30 minit.

- BERITAMediacorp/Agensi berita/ru

Komen Anda?

Top