200 premis "bergelap" demi sambut Earth Hour
Sempena sambutan "Earth Hour" sekitar 200 premis perniagaan, restoran dan pusat membeli-belah akan memalapkan lampu pada jam 8.30 malam hari ini.
SINGAPURA: Sempena sambutan "Earth Hour" sekitar 200 premis perniagaan, restoran dan pusat membeli-belah akan memalapkan lampu pada jam 8.30 malam hari ini (25 Mac).
Acara terbesar bagi "Earth Hour" akan berlangsung di bangunan pit F1.
Buat pertama kalinya dalam sejarah 10 tahun, pertubuhan bukan pemerintah (NGO) World Wide Fund for Nature bekerjasama dalam acara tahunan Sundown Marathon bagi menjayakan larian hijau di sekitar Marina Bay.
Sambutan "Earth Hour" tahun ini juga dihadiri sekitar 35,000 orang berbanding 5,000, tahun lalu.
Mereka yang hadir juga dapat menyaksikan pertunjukan laser di Singapore Flyer dan persembahan oleh artis-artis tempatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.