Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gedung fesyen Jepun, Lumine, akan dibuka di S'pura pada 25 Nov

Gedung fesyen dari Jepun, Lumine, akan dibuka di Clarke Quay Central pada 25 November. Ini merupakan cawangan pertamanya di luar Jepun.

Anggaran Waktu Membaca:
Gedung fesyen Jepun, Lumine, akan dibuka di S'pura pada 25 Nov

Gambar lukisan artis. (Gambar: Lumine)

Diterbitkan : 26 Oct 2017 02:34PM Dikemas Kini : 26 Oct 2017 02:37PM

SINGAPURA: Gedung fesyen dari Jepun, Lumine, akan dibuka di Clarke Quay Central pada 25 November. Ini merupakan cawangan pertamanya di luar Jepun.

Cawangan sebesar 10,000 kaki persegi itu terletak di tingkat dua Clarke Quay Central dan menawarkan lebih daripada 20 jenama Jepun serta sebuah kafe. Jenama-jenama yang ditampilkan termasuk Tomorrowland, Iena, Fray I.D. dan Spick & Span. Barangan yang dijual berharga antara S$15 dengan S$850, menurut kenyataan media gedung tersebut semalam (25 Okt).

Ia akan membawa pengalaman beli-belah dari 16 cawangannya di sekitar Jepun, termasuk di Shinjuku dan Ikebukuro di Tokyo, ke Singapura.

"Pembukaan cawangan Lumine di Singapura adalah satu langkah penting dalam rancangan perniagaan kami kerana negara ini adalah gerbang masuk yang penting bagi menembusi pasaran Asia dan penting bagi mengembangkan pengaruh kami di peta dunia," kata Encik Naokazu Kozakai, pengarah urusan Lumine Singapore.

"Dengan kehadiran kami di Singapura, ia akan membuka pintu untuk meraih lebih banyak peluang. Kami juga sedang menumpukan perhatian kepada pasaran Asia Tenggara yang lain," tambahnya.
 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan